Bawak-bawak la mengucap makcik-makcik oii, sedo la diri sikit tu ada hati nak tibai orang, suami kat rumah dah cukup layanan ke, bengong
Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan
bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak
termasuk pendidikan percuma dilakukan.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan
yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada
kadar rendah.“Bila kita nak turun harga minyak Perdana Menteri (PM) kata negara
bankrap. Bila kita kata nak bagi gaji minima RM1,100, gaji minimum bukan
RM10,000 tapi PM kata negara bankrap.
“Anak pemimpin gaji ratusan ribu ringgit sebulan, gaji anak penternak
lembu yang baru keluar universiti berusia 22 tahun dapat RM20,000 satu
bulan, manakala anak orang kampung baik daripada Melayu, Cina, India
atau Singh, kita nak bagi gaji minimum RM1,100 orang itu jawab negara
bankrap, mana ada perasaan hati perut punya manusia,” katanya ketika
berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk pada sambutan Perayaan
Vasaikhi di Tampel Gurduara Singh di sini semalam.
Anwar berkata, rakyat perlu membawa perubahan dalam negara terutama pendapatan rakyat.
Menurutnya, Malaysia bukan negara miskin kerana hasil minyak setahun mencecah RM80 bilion.
Beliau turut mengulangi penurunan harga minyak mampu dilaksanakan dan
pengumuman itu akan dilakukan sehari selepas beliau mengangkat sumpah
sekiranya PR memerintah.
“Saya bukan kata pemberian minyak seperti pemberian air percuma di
Selangor, kalau itu bankrap la kita, tapi saya kata hari ini pilihan
raya, esok angkat sumpah satu hari lepas itu kita umum harga minyak
seluruh neraga turun.“Perdana Menteri kata bankrap tapi kita sekarang dapat RM80 bilion
setahun dan ini jumlah yang banyak, turunkanlah harga minyak,” katanya.
Katanya, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) juga mampu dilaksanakan dan dikhususkan kepada keluarga
berpendapatan rendah.
Menurutnya, menteri dalam negara ini dahulu mendapat gaji RM38,000 sebulan, tetapi sekarang meningkat RM80,000 sebulan.
Bagaimanapun, dengan sinis beliau mengatakan menteri-menteri masih
masih mahukan saham, kontrak termasuk mengaut peruntukan jutaan ringgit
untuk penternakan lembu.
“Jadi, sebab itu saya kata kita mampu laksanakan. Najib kata mana nak
cari RM40 bilion, saya kata tak sampai RM30 bilion bukan untuk setahun,
jumlah ini untuk 16 tahun jadi kira-kira RM3 bilion setahun tapi kalau
saya akan tambah lagi RM5 bilion setahun.
“Ini termasuk yuran, makan, tempat tinggal dan buku supaya kualiti
pendidikan kita meningkat. Semuanya hanya RM5 bilion setahun, minyak
RM80 bilion setahun, jadi akan bankrap ke negara kita?” katanya.
Jom pakat Tibai, kahkahkah.
Inilah hasil kerja BN (Barisan Nipu) sana sini kencing negara boleh bangkrap kunon, kalau da bodoh urus wang negara cari yang bijak, Kalau Bab membedal wang negara pandai lak tak takut lak negara boleh bankrap, Celakak punya olang
0 comments:
Post a Comment