Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak supaya bertindak tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk bantuan dan campur tangan kumpulan pro-Yahudi terhadap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, adalah sesuatu yang malang apabila kementerian itu masih gagal menangani perkara itu sedangkan campur tangan kumpulan Yahudi dikesan sebelum 2004 lagi.
Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar daripada kemusnahan dan perang saudara di negara Arab akibat percaturan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.
"Campur tangan kumpulan pro-Yahudi dalam bentuk latihan, kewangan dan teknikal terutamanya dalam PKR bukan perkara baru. Ia telah berulang kali didedah dan diakui sendiri bekas-bekas pemimpin PKR sehingga mereka menang besar pada 2008
Umno memang terkenal dengan tektik kotor perang saraf. apa je diorang boleh buat untuk menang fitnah, pembohongan macam dah jadi makanan harian diorang. Tektik kitar semula ni diulang setiap hari supaya kelihatan macam benar. Tapi malang tektik kencing ni hanya boleh diterima oleh sebahagian kecil masyarakat, malah semakin ramai yang semakin menyampah dengan tektik kotor ni.
NiLAMBANG APA YE
0 comments:
Post a Comment