Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk
menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu
yang terletak di Gebeng dekat sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan
sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu
ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.
Ini lawak bangang apa lagi ni yang nak dihidangkan kepada rakyat, negara mana lak nak terima sisa kilang ni, ni la lawak ngeri yang cuba dimainkan kepada rakyat. sebangang2 mana pun pemimpin negara miskin pun tak mungkin akan menerima risiko untuk menjahanamkan negara dia.
Sebelum ni kita telah lihat bagaimana kutu-kutu gila ni kata nak buang kat tempat yang jauh dari penempatan orang sekarang nak buang kat luar negara lak tetiba je nampak sangat dah kehabisan idea, lepas ni kalau menang mula wat cerita baru, kos buang keluar negara tinggi sangat, tak ada negara yang nak terima la, last sekali buang juaga kat dalam sungai atau kebun. ini tektik lama yang biasa la beb.
Yang gua cukup heran siapa sebenarnya kat belakang Lynas ni, beria2 sangat kerajaan pertahankan syarikat ni, mesti ada hal ni. Apa duk kalut ni. stop je la projek ni kan habis cerita, kalau kata perjanjian dah dibuat untuk projek ni batalkan je la, siapa suruh gatal2 pada mulanya bersetuju untuk buat kilang ni, kenapa tak fikir sentimen perasaan rakyat. nampak sangat selogan rakyat didahulukan hanya retorik, saja2 je nak perbodohkan rakyat
2 comments:
RM beb....RM....
Duit upfront dah habis....mana boleh batalkan perjanjian....nak mampus....kalau takat ribu-ribu tu...boleh tahan jugak....ini dah main juta-juta...nak bayar macam mana...
Tetapi...yang tak tercapai akal aku....kenapalah masih ada lagi orang yang menyokong BN?...
Kes Cadmium kat Kulim Hitech tu pun belum boleh setel ini pulak Lynas..Pa dok belawok ko rakyat lagi.
Post a Comment