Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi
lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu
pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin..
"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya
dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak
kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama
Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di
Pusat Dagangan Kelantan di sini Rabu.
Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.
Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.
Bila gua baca artikal ni gua teringat lagu filem do re mi, kalau tak silap gua lebih kurang macam ni,
Hai obat hai obat mari beli obat ,kalau la terlambat tak dapat,
mari beli obat ini gerenti puas hati....
gua boleh bayangkan mat sembab dengan balaci nya cuba jual obat kepad rakyat kelantan, terjerit sana sini, dengan harapan boleh dapat melembukan orang kelantan. kah kah kah
habis di kencing merata2 di kelantan, pasal air kotor la, pasal pembangunan la, tapi bila kena pelempang tanya pasal royaliti minyak, berbelit lidah nak mengencing.
Jawapan paling kelakar ialah royaliti minyak masih dalam perbincangan, dah berapa lama beb bincang macam kes isreal dengan palestin je, asik cerita rundingan damai. last sekali kencing. Gua ingat la mamat ni lupa rakyat kelantan bukan hidup macam katak bawah tempurung, ramai bijak pandai dilahirkan dari sana la beb. lu kencing je orang da dapat tangkap la beb.
0 comments:
Post a Comment