Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata
kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menyerahkan kepada budi bicara
rakyat untuk membuat penilaian terhadapnya pada pilihan raya umum.
"Kerajaan bantu selesaikan masalah, terserah kepada budi bicara rakyat.
Serah kepada rakyat untuk menilai," katanya
Muhyiddin berkata kenyataan pemimpin kerajaan BN supaya rakyat
menyokongnya kadang kala disalah tafsir oleh media tertentu sebagai
"memaksa" rakyat.
Beliau berkata demikian semasa menjelaskan kenyataannya sebelum itu
bahawa pentadbiran kerajaan negeri Perak oleh BN akan memudahkan program
pembangunan negeri kerana BN juga menerajui kerajaan Persekutuan.
Ayat biasa yang digunakan mamat ni media salah tafsir kenyataan, dah terang2 sana sini bila bercakap budaya menakut2kan rakyat, kononnya kalau tak de BN seolah2 Malaysia ni akan hancur, rakyat akan sengsara, pembangkang tak pandai perintah la dan macam2 lagi kata2 menakutkan rakyat, kalau bukan memaksa rakyat untuk menyokong apa namanya tu, jangan kencing la beb.
Kalau kita lihat kejayaan antara kerajaan pakatan rakyat dengan BN dalam memerintah negeri satu perkara yang paling jelas adalah kerajaan pakatan telah berjaya mengurangkan hutang manakala kerjaaan BN pula menambah hutang, tengok sahaja penang hutang yang ditinggalkan kerajaan BN yang mencecah 600juta lebih mampu dibayar kerajaan pakatan cuma tinggal 30juta sahaja. satu pencapaian luar biasa. pendapatan kerjaan kedah juga meningkat pada kadar tertinggi.
Jadi jelas kerajaan pakatan berjaya mengurangkan beban rakyat tidak seperti kerajaan BN yang menambahkan hutang rakyat. Lu kata serah kepada rakyat untuk menilai ok cantik la tu tapi jangan main bangsat lak beb, import pengundi, alih pengundi, dan tektik biasa lain yang lu gunakan dalam pilihan raya
nanti. Tu pun kalau lu cukup jantan untuk bertanding secara adil nanti
0 comments:
Post a Comment