Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan rancangan untuk mendirikan
Muzium Sejarah Balai Bukit Kepong, kata Ketua Polis Negara Tan Sri
Ismail Omar.
Beliau berkata projek itu tertangguh sejak diumumkan 10 tahun lepas berikutan keadaan tapak yang sering dilanda banjir.
Siapa yang pernah pergi kebukit kepong pasti tahu mana letaknya tempat ni, dengan dikelilingi kampung dan estet dan kalau dari muar memerlukan 1 jam untuk sampai ke sana, jika ikut jalan pagoh lenga jalannya penuh dengan selekoh tajam, jalan yang agak mudah ikut gombang, pekan kecil yang gua rasa tiada aktiviti perniagaan besar. Gua rasa penduduknya pun tak sampai 10000 orang.
Kalau banjir biasanya bukit kepong ni akan terputus jalan hubungan darat. terutama dari segamat. Jadi apa istemewanya bukit kepong ni sampai nak dijadikan Muzium, Apa nak buat gajah putih baru ke, kalau Muzium ni dibuat di pekan pagoh ke, tangkak ke, bukit gambir ke gua rasa ada juga logiknya, ni nak buat di Bukit kepong tak masuk akal langsung. Siapa yang nak datang ni, nak harap penduduk setempat tak kan la tiap2 hari diorang nak datang.
Nak suruh orang luar datang gua yakin berape kerat je akan datang, gua juga yakin untuk buat muzium ni kos yang terlibat pun bukan sedikit mahu cecah juta, Duit siapa nanti akan diguna, tentu duit rakyat kan? Jadi apa akan jadi kepada duit rakyat ni nanti, macam buang kat longkang je nanti, last sekali jadi gajah putih je muzium ni gah pada nama tapi tak de manafaat untuk rakyat.
Kenapa beia2 benar nak buat kat Bukit Kepong ni, kadang2 gua heran kat puak yang buat keputusan ni apa sandaran kajian diorang atau syok sendiri je, mungkin diorang fikir bukan duit diorang tapi duit kerajaan lantak la! Yang penting hati pemimpin Umno perlu dijaga, kena la bodek selalu, lebih2 lagi sekarang ni hangat cerita pasal bukit kepong jadi kena ikut trend la, Umno sibuk cerita pasal bukit kepong, diorang mesti tumpang sekaki membodek.
Perkara macam ni dah selalu sangat berlaku, demi membodek lantak la orang lain, macam kes Aziz Bari bila pencacai2 umno mula menekan pihak pentadbiran U juga tumpang sekaki bodek, bagi hukuman. Sama juga isu guan eng, kaki2 bodek berebut2 menonjol diri mempamirkan kebodohan. isu hudud pun sama berebut2 kutu jantan atau minah2 gila mengutuk hudud. Yang paling hangat isu mat sabu sana sini kaki2 bodek berlumba2 membodek last2 jadi bahan lawak, baik2 muzium ni dibatalkan dibuat di bukit kepong tiba2 je muncul nak buat la pulak.
Membodek ni da jadi budaya dan adat yang perlu bagi pencacai umno, kalau tak macam tak lengkap pulak skrip umno. Lu tengok la kutu2 yang dah kena tendang dari PR, kelam kabut mebodek, tak kira la bodek bangang atau kata2 bodoh yang penting bodek. untung2 tak dapat jadi calon dapat jadi senator pun jadila kalau kat kampung dapat jadi ketua kampung pun cukup la. Oleh itu mari membodek, rakyat gi mampus la, biar bangsa, agama lingkup yang penting pemimpin boleh gembira dan ketawa besar.
1 comments:
gua semalam (20/10/11) baru je pegi kat bukit kepong..ada projek sket kat sana..masa tu ramai gile polis kat situ...rasa gua 5-6 ratus polis lebih kot..polis marin pun ada ngan 2 bijik bot (x silap gua la)...da macam kem polis la plak kat situ..dgn basnya, traknya, puluh2 bijik keta waja polis yg warna kelabu tu...warna potih ada gak...ntah ape yg dibt kat situ gaknya
Post a Comment