KRITERIA SESAT
Suatu kefahaman atau aliran keagamaan dinyatakan sesat apabila memenuhi salah satu dari kriteria berikut:
1. Mengingkari salah satu dari rukun iman yang 6 (enam) yakni beriman kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Kitab-Kitab-Nya, kepada Rasul-Rasul-Nya, kepada hari Akhirat, kepada Qada dan Qadar dan rukun Islam yang 5 (lima) yakni mengucapkan dua kalimat syahadat, mendirikan sholat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadan, menunaikan ibadah haji.
2. Meyakini dan atau mengikuti aqidah yang tidak sesuai dengan dalil Syar'i (Al-Qur'an dan Assunnah).
3. Meyakini turunnya wahyu setelah Alqur'an.
4. Mengingkari kandungan dan atau kebenaran Al-Qur'an.
5. Melakukan penafsiran Al-Qur'an yang tidak berdasarkan kaedah-kaedah tafsir.
6. Mengingkari kedudukan hadis Nabi sebagai sumber ajaran Islam.
7. Menghina, melecehkan dan atau merendahkan para Nabi dan Rasul.
8. Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir.
9. Merubah, menambah dan atau mengurangi pokok-pokok ibadah yang telah ditetapkan oleh syari'ah, seperti haji tidak ke Baitullah, sholat fardu tidak 5 (lima) waktu.
10. Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil Syar'i, seperti mengkafirkan muslim kerana bukan kelompoknya.
Adakah kita juga tergulung dalam salah satu kumpulan diatas fikir-fikirkan la,
Apa yang menarik minat saya adalah kriteria yang kelima, terlalu ramai manusia terutama di Malaysia ini melakukanya untuk mendapat kepentingan peribadi yang sedikit adakah ramai manusia seperti haiwan diatas.
0 comments:
Post a Comment