Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan arahan kepada
pengendali Monorel Melaka supaya menghentikan perkhidmatan itu dua hari
lepas (30 Nov), untuk kali kedua dalam tempoh sebulan ekoran kerosakan
teknikal pada sistem pengendalian automatik monorel itu.
Melaka Monorail merupakan satu perkhidmatan monorel yang dibina di Bandaraya Melaka, Melaka. Monorel ini menyelusuri Sungai Melaka sepanjang 1.6 km. Perkhidmatan monorel ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 20 Oktober 2010 bersempena sambutan perasmian Melaka Maju 2010. Kos pembinaannya adalah RM 16.5 juta. Ia mula dibina pada Mei 2008.
Gerabak monorel boleh memuatkan seramai 22 penumpang pada satu-satu
masa dan ia bergerak pada kelajuan kira-kira 12 km sejam.
Bagaimanapun, akibat pelbagai masalah yang timbul, perkhidmatan monorel ini pernah dihentikan selama beberapa bulan. Perkhidmatan ini telah tergendala sekurang-kurangnya 22 kali setakat November 2011.
Apa cerita ni buat malu je, monorel karung guni ke apa ni, asik rosak je, Apa alasan pulak yang akan diberi Ali untuk menutup cerita ni, begitu banyak duit dibelanjakan tapi buat burukan imej Melaka je. cerita banyak pun tak guna.
0 comments:
Post a Comment