Orang ramai disaran melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jika terdapat peniaga
menaikkan harga barangan secara melampau menjelang perayaan Krismas
minggu depan.
Apakata kita semua buat laporan minyak naik, tarif eletrik naik, gula naik, budu naik, badak berendam naik kepada KPDNKK, lu nak kencing siapa beb, barang semua dah naik la beb, samada lu orang lembab makan gaji buta, atau buat2 pekak telinga, butakan mata je.
Gua nak tanya apa barang yang tak naik sekarang ni Teh O kosong pun dah naik ni kan pulak, barang lain, apa yang nak sibuk suruh orang report barang naik, sedangkan lu semua dah cukup tahu barang semua dah lama naik. pendapatan tetap ciput beb.
Gua sebenarnya nak cerita pasal Bantuan rakyat satu Malaysia, gua tertarik bukan kerana jumlah yang nak diberi tapi jumlah yang dijangka akan menerima bantua tu. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan
isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Lu dapat bayangkan tak apa dalam fikiran gua, kenapa bantuan tu diberikan kepada rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah. pada gua la dengan pendapatan RM 3000 kebawah ni cukup-cukup untuk menampung hidup dalam Malaysia yang tiap2 hari barang naik.
Nak hidup mewah jauh sekali beb, bayangkan la belanja dapur je mungkin boleh cecah rm1000 bagi keluarga besar, maksudnya boleh la sekali sekala beli ayam, daging, ikan dan lain2 makanan berkhasiat untuk keluarga. rm 600 pula bayar kenderaan, rm400 duit minyak tu pun kalau cukup, baki rm1000 nak bayar rumah, bil api air, belanja sekolah anak2 dan macam2 lagi. jadi kalau ada rm3000 sebulan bolehla dikatakan cukup2.
Nak simpan mungkin susah tapi bagi yang boleh berjimat adalah baki untuk menabung macam cerita rosmah menabong dari kecil tu. Tu pu kalau gaji boleh cecah rm3000 tapi kalau gaji bawah rm 1000 kebawah mahu pecah kepala beb. dan gua rasa la mejoriti rakyat Malaysia ni dalam kedudukan gaji RM1000 lebih kurang.
Ok gua sebenarnya lebih tertarik dengan cerita 53% rakyat Malaysia berpendpatan bawah RM3000 ni. Apa cerita ni beb, kata Malaysia ni sudah maju tapi kenapa pulak ujud lebih dari separuh rakyat hanya berpendapatan cukup2 beb. bermakna selama ni kerjaan berbohong la kata kita semua telah hidup senang, aman damai. Jadi bulat2 la selama ni kita semua kena kencing. konon jumlah rakyat miskin atau berpendapatan rendah semakin menurun.
Gua sumpit lu orang! diam2 sana undi BN je, amik sorang RM500 yang lebih gua nak bagi2 dengan kaki ampu gua, barang naik jangan kecoh2 terima je.
Dah 54 tahun beb BN ambil alih pemerintahan dari british. tapi apa kejayaan sebenar BN ni.Cuba cerita sikit kat gua kenapa 53% ni masih ujud. Semalam bukan main lagi shafie bedal kata dengan megahnya serupa macam kata pak din pagoh, bahawa HANYA BN SAHAJA MAMPU MEMERINTAH NEGARA. Ini ke yang disebut mampu. dah hilang akal ke apa?
4 comments:
Pinjam sumpit bro... gua nak pi sumpit bapak si Dafi yang cakap pakai lubang juboq tuuuu... hahahaha...
Kata negara dah maju, pendapatan rm 3000 kebawah 53% Lain lah anak badak sumbu air itu, menabong sejak umur 5 tahun.
bro isa, itu sumpit bukan ana yang punya tapi pak din pagoh yang punya! kah kah kah
Politik-politik juga ... apa guna kalau hanya tinggal kuasa, ekonominya tiada...
Kalau Ghani kekal dijohor bakal tergadailah seluruhnya kepada Dato Lim... dulu tanah KPRJ semuanya telah berpindah milik kini syarikat dalam kumpulan JCorp jadi sasarannya...
Lihat saja berita.... entah dari mana gerangan syarikat polong tidak bertuan CVC muncul nak membeli kepentingan semua...
Dahle nak kena bayar hutang ... kena paksa lagi berhutang oleh sapa... MB jugak punya kerja...
http://selamatkanjohor.wordpress.com/2011/12/16/3-abdul-kembali-semula/
Post a Comment