kah kah kah mengaku juga cek det umno da nazak, penakut tunduk pada mca,mic. tak de pemimpin berwibawa kecuali yang bangang2 je. lu orang layan je la kata2 cek det ni
DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk
mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada
banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya
tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya
jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression
yang saya dapat.
DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan
parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah
meninggalkan parti.
DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya
UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO
tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka
menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi
kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka
kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih
kepada NGO.
DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka
sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak
dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO
harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita
sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang
yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil
tahu apa masalahnya.
DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa
membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita
membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita
ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti
swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika
orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di
universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. . Tapi sekarang ini kita
tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu
dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.
DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO
sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka
yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada
kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk
Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber,
tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli
Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk
mengundi mereka.
DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun
Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan
keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi.
Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO
yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki.
UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau
pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO
yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.
DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak
boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh
rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak
boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut
bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis
kerana bercakap tentang Melayu.
DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita
tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir,
kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?
Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya)
Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak
kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis.
Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang,
kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar)
di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang
salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa
Malaysia ini dipanggil Malaysia?
DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha.
Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi
mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada
orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang
ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon
pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita
kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya
kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu
tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi
cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah.
DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan
bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti
dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja.
Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama
ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma
menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua
perkara ini dengan jelas dan fakta.
DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.
1 comments:
Kalu Tun M pun dah tak yakin lagi kat pemimpin-pemimpin UMNO sekarang. Tentu le lebih bodoh bagi kalangan orang Melayu nak mengekalkan Najib dan Rosmah dan Hisyamuddin. Pancung saja Najib Dan Hisyamuddin dalam MKT hujung bulan ni.....habis cerita.
Post a Comment