BLOG NI UNTUK ILMU DAN LUAHAN RASA GUA TERHADAP KETIDAKADILAN YANG BERLAKU
ISTIQOMAH
SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA
BUNTATJ@GMAIL.COM
BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN
Wasiat Saidina Ali...
1. Dosa yang paling besar ialah takut. 2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa. 3. Berani yang paling besar ialah sabar. 4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan. 5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki
Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili
peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah
dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara
terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan
kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan
zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka. Wahai peneroka
dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah
diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan
kuasa pengerusi
Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda
berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan
pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah
menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan
facebook.Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan
hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri
Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime
Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan
mengemukakan pandangan.
Yakinlah, mereka
yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan,
dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya
tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak.
Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu
terhadap semua
ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik
tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka
semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM
menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan
mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar
Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai
Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak
ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati
keputusan-keputusan peneroka Felda!!
kah kah situa gangster nak belasah orang sedo diri la weeiiii
0 comments:
Post a Comment