Kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat di kalangan belia Islam
semakin meningkat dengan mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun
merupakan pembayar teramai pada setiap tahun.
Pengurus Besar Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) Mohd Rais Alias berkata pembayar zakat dari kalangan
belia meningkat sebanyak 42 peratus daripada 10,308 orang pada tahun
lepas kepada 14,687 orang tahun ini.
"Mengikut statistik, jumlah kutipan zakat bagi tempoh Januari hingga
Oktober 2010 dari golongan belia bertambah dari RM5.1 juta kepada RM8.9
juta bagi tempoh sama tahun ini, yang merupakan peningkatan 75 peratus,"
katanya semasa berucap pada majlis Penyampaian Anugerah Iklan Zakat
Antara Institusi Pengajian Tinggi 2011 di sini, Khamis.
Dah tahu anak muda mula sedar kewajipan zakat, yang tukang simpan dan agihkan duit zakat, jangan pulak gelap mata sapu, sedar sikit amanah yang diberi.
bantu siapa yang patut kena bantu, bukan mencantikan pejabat, beli kenderaan baru, atau tabur kepada yang bukan hak.
Lu orang kena ingat ramai orang bayar zakat ada berbagai sebab, kerana sedar kewajipan, tahu tuntutan agama, tak kurang pulak kerana meluat bayar duit cukai tapi sedap2 je kena perabis kutu2 lahanat.
0 comments:
Post a Comment