Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen
Pekan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyumbangkan 402 ekor lembu
untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha esok.
Seramai 280 penerima terdiri daripada masjid, surau dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Pekan menerima sumbangan
lembu tersebut.
Majlis penyerahan wakalah dan watikah korban untuk Parlimen tersebut
disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak
Mohamed di Bangunan UMNO Pekan di sini hari ini.
"Seharusnya umat Islam perlu bersyukur kerana sambutan Aidiladha dapat diraikan dengan penuh keamanan tanpa sebarang kesulitan.
"Rezeki yang dilimpahi berupa haiwan ternakan yang hendak dikorbankan
boleh diperoleh dengan begitu mudah tanpa sebarang masalah," katanya.
Katanya, sumbangan itu merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan
dengan sebaiknya dan memastikan daging korban tersebut diagih secara
adil di kawasan masing-masing terutama kepada golongan memerlukan.
Banyak betul lembu kepunyaaan Tuan haji Najib dan Hajah Rosmah ni. beli kat mana yek, kat fedlot nasional ke????? Banyak juga duit Tuan Haji Najib beli lembu. ni merupakan Rekod Malaysia korban lembu terbanyak oleh seorang individu agaknya. Glamour! glamour! glamour!!!
0 comments:
Post a Comment