Salam
Kini
nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung,
kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati,
mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Sengaja saya
selang selikan dengan tulisan yang dihitamkan supaya tidak berpinar mata dek
panjangnya senarai ini:
1. Siapakah yang
menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila
PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?
2. Siapakah yang menghalang
kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas,
sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
3. Siapakah yang
menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg
Malaysia Tambahan?
4. Siapakah yang menghalau
Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang
Jaya dan Kedah Selatan?
5. Siapakah yang
menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6
juta hektar pada 1997?
6. Siapakah yang membunuh
orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan
Hutan Aji?
7. Siapakah yang
membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat
dibawah dasar DEB?
8. Siapa yang melingkupkan
dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.
9. Siapakah pula yang
memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru
yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
10. Siapa yang menyelewengkan
dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?
11. Siapa yang
mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah
bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
12. Siapa yang mencipta
krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis
dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
13. Siapa pula yang
melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?
14. Siapa yang menggelarkan
rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu
selepas PRU12 yang lalu?
15. Siapakah yang
mengubah sempadan kawasan undi majoriti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno
dalam PRU 1999?
16. Siapa yang melanggar
peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa yang
menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?
18. Siapa yang mencemar
bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment",
"boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?
19..Siapa yang
menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam
pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar
bandar semakin melebar?
20. Siapa yang mencadangkan
syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di
universiti2?
21. Siapa yang jual
air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada
rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
22. Siapa yang serah blok
minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau Yang DiPertuan
Agong?
23. Siapa yang cuai
menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke
negara orang?
24. Siapa yang
menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?
25. Siapa yang kata
Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?
26. Atas alasan itu, siapa
yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian
institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?
27. Siapa yang
mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan
kepada 40% bukan Melayu?
28. Siapa yang kekang akta2
maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu
senang diperbodohkan?
29. Siapa yang
naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah
golongan majoriti yang miskin di negara ini?
30. Siapakah pula yang
memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa
penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
(UMNO)?
Senarai pengkhianatan
Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk
ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah.
Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada
saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan
Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah
lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi
bantuan talian hayat dan oksigen.
Alahai,
kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu
mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar
kemungkinan anda akan jadi GILA BABI!!!
Sorong
papan tarik papan
Buah keranji
dalam perahu
Belajar
sejarah Umno beri alasan
Belajar kitab
pun Umno tak mahu
Nukilan :
teratailiar
Terimakasih
0 comments:
Post a Comment