Sir Gerald Templer Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu
Kerajaan British di London telah memilih Jeneral Sir Gerald Templer bagi menggantikan Sir Henry Gurney. Beliau diberikan tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan juga sebagai Pengarah Operasi. Ini bermakna beliau bertanggungjawab mentadbir Malaya dan mengarahkan gerakan menentang ancaman komunis pada masa yang sama. Jen. Templer tiba di Malaya pada 7 Februari 1952. Beliau mengumumkan bahawa terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian berat dengan serta merta iaitu:
-
Penyusunan semua Pasukan Polis dan perubahan dalam peranannya.
-
Penubuhan sebuah organisasi perisikan yang baik; dan
-
Perkhidmatan penerangan termasuklah penyiaran dan perfileman perlu diselaraskan serta digunakan untuk perang saraf (Psychological Warfare)
Pesuruhjaya Polis bagi bandaraya London, Kolonel Arthur E. Young telah dihantar ke Malaya untuk bertugas selama setahun sebagai Pesuruhjaya Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bersama Templer memainkan peranan penting dalam pembentukan pasukan polis yang kini wujud di negara ini.
Satu lencana khas telah dikeluarkan untuk menandakan `Gerakan Bersedia Berkhidmat'. Lencana ini dipakai oleh setiap pegawai dal dalam pasukan sehingga ke hari ini.
Satu lagi langkah yang penting ialah menukarkan nama Rumah Pasung kepada`Balai Polis'. Penukaran ini telah membant hilangkan pandangan dan sikap negatif terhadap Polis.
Perasmian Maktab Polis Kuala Kubu Bahru oleh General Sir Gerald Templer pada tahun 1953. Berpakaian baju Melayu ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan Salehuddin Abd. Azizi Shah
Kurang ajar betul British ni ye, kalau ikut adat melayu tak mungkin sultan duk belakang, dan hanya tengok orang lain merasmikan maktab. Kalau ini berlaku sekarang mahu Ibrahim katak dan Zul kambing mengamuk........
0 comments:
Post a Comment