KUALA LUMPUR 24 Ogos - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengadakan pertemuan dengan tiga menteri Kabinet lain bagi mencari penyelesaian berhubung isu warga negara ini yang dijadikan keldai dadah.
Tiga menteri terbabit ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Shahrizat, mereka akan berbincang mengenai tindakan yang boleh diambil untuk menangani kes-kes keldai dadah serta membantu mangsa-mangsa keldai dadah.
''Kita sememangnya bimbang dengan perkara ini apatah lagi mangsa keldai dadah tertumpu kepada golongan wanita," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Rosna Shariff, rakyat Malaysia yang dibawa pulang ke Malaysia selepas dipenjarakan di Peru kerana menjadi keldai dadah, di sini hari ini.
gua a,at hairan dengan anak mami ni, bila org sibuk keldai dadah dia pun sibuk nak membantu la, serupa juga bila tanah runtuh baru sibuk, bila pondan da jadi perempuan baru sibuk, bila kecoh miskin tegar baru sibuk, bila kecoh pasal pelacur baru sibuk, bila bayi meninggal kat pusat asuhan baru sibuk, bila ada org murtad dia sibuk juga. lepas tu hangat2 taik ayam je nak bantu la nak bimbing la. Atau cuma nak cari publisiti bila ada isu hangat sibuk nak menempel glamor
Sebenarnya apa yang kementerian diani buat selama ini makan gaji buta ke tak nampak ke masalah rakyat.
apa bila ada isu je baru nak bertindak tu pun entah berapa hari je hangat lepas tu senyap. Apa peruntukan kepada kementrian dia ni sikit sangat ke, kalau sikit sangat macam mane baru2 ni kat johor boleh berhabis ratusan ribu je untuk renovation pejabat kemas.
Gua tengok orng msikin masih macam tu je kata ada macam2 dana la untuk bantuan, tapi dari pemerhatian gua yang dapat duit bantuan tu pun bukannya yang miskin pun. Yang miskin masih hidup melarat sampai minta bantuan gereja, lepas tu kecoh tuduh orang yang membantu macam2, sendiri mahu ingat la kak ijat, lu punya tanggunjawab lu letak mana. ini sibuk tak pasal2 tentang persamaan gander la. Pagi ni gua tengok kat tv1 bukan main happy Najib puji melambung.
0 comments:
Post a Comment