?
Manusia mempunyai misi kekhalifahan dan diberi umur untuk memakmurkan bumi. umur merupakan misi, tugas. Manusia mesti menggunakan umurnya sebagai tugas untuk menciptakan kemakmuran. Kalau tidak, bererti mengkhianati amanah, mengkhianati umur kerana umur mesti sejahtera. Kemakmuran dalam bentuk spiritual dan material. Ada orang yang makmur dunianya tapi bangkrap akhiratnya. Juga ada manusia yang susah dunianya tapi sejahtera spiritualnya. Ini semuanya kurang tepat.
Al Qur'an mengajarkan dalam berdo'a supaya mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat. Ertinya keduanya bersangkutan. Apa yang dilakukan di dunia akan ada pertalian dengan akhirat.
Orang Islam sebagai penziarah. Para Sufi berkata bahwa manusia hidup di dunia sebagai penziarah tapi lupa dengan petanya. Imam Al Ghazali mengatakan bahwa ramai manusia yang lupa akan tujuan akhir umur kerana disibukkan oleh persiapan peralatannya. Ada pula manusia walaupun semakin berumur semakin ligat memikirkan dunianya tanpa ada perasaan bahawa panggilan untuk perpindahan semakin menghampiri. Walaupun telah acapkali diberi peringatan oleh Allah tetapi masih lagi menjadikan kemungkaran sebagai peralatan perpindahan.
0 comments:
Post a Comment