1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Followers
Tuesday, May 8
Woi dalam kain pun mau cerita ke?
Ummi Hafilda membidas kenyataan Azmin yang disifatkan sebagai usaha mempolitikkan isu ketika dihubungi sebentar tadi. “Janganlah segala-galanya dipolitikkan. Dia menyumpah ibu saya. Itu bukan derhaka? “Selama 14 tahun kami adik-adik perempuannya diabaikan. Itu bukan derhaka?“Janganlah putarkan kenyataan, Azmin. Awak mengabaikan keluarga tapi menuduh Umno,” kata Ummi Hafilda.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan abangnya yang mendakwa bahawa dia tidak pernah menderhaka kepada ibunya Che Tom Yahaya.
Tidak peduli ibu sakit
Beliau turut mendakwa bahawa Azmin tidak mempedulikan ibunya yang sakit. “Saya panggil dia dan twit kepadanya tapi dia tidak balik.” Ummi Hafilda turut menyatakan pra-syarat agar Azmin boleh kembali ke pangkuan keluarganya. “Selagi Azmin tidak bertaubat kepada Allah dan meninggalkan Anwar, mak tidak akan membuka pintu rumahnya untuk Azmin.”
Selain itu Azmin turut dicabar mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa beliau meninggalkan PKR.Ummi turut memberitahu pesanan ibunya yang terakhir. “Apabila ibu meninggal dia telah berpesan agar kami anak-anaknya tidak memberitahu Azmin.”
Apa punya manusia ni dalam kain mahu cerita ke, cukup2 la macam da tak ada jalan lain ke main politik, apa barang ni. Gua ingat cerita diorang adik beradik merupakan permainan politik paling keji dalam arena politik Malaysia, Tali kekeluargan patut disimpul dengan kukuh tapi ni apa cerita.
Azmin yang patut matang dengan mainan politik kotor pun boleh teperangkap, buang ego beb,mak tetap mak, lain barang lu boleh beli cuma mak bapak je tak boleh beli beb.Sekalipun jika betul la mak lu mempunyai persepsi salah hasil bisikan orang lu kena cepat perbetulkan beb bukan dengan media beb, ikut nasihat kak wan jumpa mak lu tu. mak tetap benar walaupun salah beb.
Bagi si Ummi lak gua no komen semua orang tahu siapa dia ni, tak yah komen pun orang da meluat beb.
Perang adik beradik lu ni sebenarnya boleh melumpuhkan semua apa yang ada. Gua pun dah menyampah dengan cerita adik beradik lu ni.
Fitnah ke tidak tu cerita no2 beb, cerita yang penting pasal mak lu. Azmin lu jangan menyesal beb kalau lu lambat.
Perhhh terliur gua tunggu esok
Esok di Felda jengka 8 Najib akan turun sempena Majlis Sejahtera Bersama Peneroka. Berita yang selama ini amat ditunggu-tunggu oleh 112ribu peneroka samada mendapat durian runtuh atau dibaling dengan durian busuk. Ramai peneroka sedang berkira-kira nak tukar kereta baru, langsir baru, kusyen baru, perabut baru dan tak kurang juga tengah kenaen2 isteri baru ( yang ni gua gurau je beb, tapi tak mustahil kan) yelah dapt durian runtuh koman-koman tak dapat seribu je. dah berapa bulan bukan main promosi durian runtuh, takan ciput je beb dapatnya.
Read more...
Kalau ikut istilah simpulan bahasa
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
Jadi runtuhan durian tu tak mungkin sikit beb, kalau setakat 5 hibu tu dah jadi sangkaan orang beb. Entah-entah macam dulu melaung dapat durian runtuh tapi cuma bagi Rm500 apabarang beb. Tapi apa pun kita tunggu esok samada betul peneroka dapat durian runtuh atau kena runtuhan kencing, Gua betul2 teruja ni beb ada can buat bisnes kat dalam felda beb.
Bagi buaya kaki pak man telo, atau skim cepat kaya peluang ni la yang ditunggu-tunggu beb, taukeh kereta terpakai pun dah mula atur strategi nak pancing peneroka beb. Tak mungkin la dengan durian runtuh tu boleh beli kereta baru beb, kalau deposit bayar muka mungkin la. Apa pun esok beb, mahu ada yang tak tidur malam, malam ni tak sabar tunggu hari esok, kalau dapat banyak kaya pakci ngan makcik gua beb. Sebab masa cuti sekolah ari tu diorang datang rumah gua asik sebut pasal durian runtuh ni, kembang hati diorang beb nak tunggu durian runtuh
Apa pun gua doakan semoga lu orang mendapat apa yang dihajatkan, amik jangan tak amik tapi jagan lupa masa pilihanraya nanti pangkah pakatan
Subscribe to:
Posts (Atom)