Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, October 25

BN tempah kubur

Kementerian Belia dan Sukan sedang mengenal pasti tapak untuk membina 30 padang bola sepak berumput tiruan di seluruh negara, yang akan dilaksana tahun depan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembinaan setiap padang itu dianggar bernilai RM1.6 juta dan mampu bertahan sehingga 10 tahun dengan penjimatan daripada segi kos penyelenggaraan.
"Kos pembinaan sebuah padang rumput biasa menelan belanja sekitar RM500,000 dan penyelenggaraan untuk padang rumput agak susah kerana cepat rosak jika berterusan terkena cuaca," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi membina 30 padang bola sepak berumput tiruan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan membina 150 gelanggang futsal sebagai tambahan kepada gelanggang sedia ada bagi memastikan setiap mukim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah gelanggang.
Sehingga kini terdapat 1,200 gelanggang futsal di seluruh negara dan 500 lagi sedang dibina, katanya.
"Gelanggang futsal serba guna meliputi pelbagai kemudahan sukan akan dibina di kawasan luar bandar dan kos untuk membinanya dianggar sekitar RM100,000. Namun kita kira harganya boleh dikurangkan lagi kerana dibina di luar bandar," katanya.


Kerja gila dari pemimpin gila buat padang boleh sampai 50juta kan gila namanya tu, apa dia ingat duit rakyat tu duit mak bapak dia je, suka2 campak sana sini, membazir betul patut la belanjawan tiap tahun difisit.


Gua nak tanya apa pentingnya padang ni kepada rakyat. apa tak cukup ke padang yang ada sekarang ni, apa sumbangan padang ni dalam memartabatkan sukan di malaysia, gua tengok setiap tahun rangking Fifa Malaysia tak naik pun jatuh adalah, jadi kenapa nak membazir macam ni. dah gila ke apa.

Nak buat padang kena duit sampai Rm1.6juta, mahal nak mampus la siot, baik lu buat jalan untuk rakyat, sana sini jalan berlubang, Rm1.6juta tu boleh buat jalan bertar  dikampung berapa panjang beb. kalau kos buat jalan bertar siap dengan crusher run sekarang ni dengan lebar 4 meter. setiap meter run Rm 140. bermakna dengan duit sebanyak Rm1.6 tu boleh dapat 11.5 kilometer beb. panjang tu. kalau guna duit sebanyak Rm50juta boleh buat jalan sepanjang 357kilometer beb. Itu baru gua bagi contoh buat jalan je. banyak lagi yang rakyat perlukan siot.

Gelangang futsal yang dibina sebelum ni pun banyak yang jadi gajah putih, gua nak tanya berape gelanggang je yang digunakan, gua boleh bagi bukti banyak yang cuma jadi gajah putih je. Lu bayangkan sebelum ni Orang2 gila ni buat 1200 gelanggang dalam pembinaan pilak 500 jadi jumlah semua 1700 kalau satu kosnya Rm100000 bermakna Rm170juta telah dan akan digunakan beb, kan gila namanya tu membazir duit rakyat.

Berapa banyak duit sebanyak itu boleh digunakan untuk membina rumah orang miskin beb, berapa banyak pula rumah perlindungan atau rumah warga tua tak berwaris, atau rumah anak yatim yang boleh dibina. Kenapa nak membazir buat sesuatu yang tak memberi manafaat maksimum kepada rakyat.

Kalau tak nak membantu rakyat ok la kan lebih baik duit2 yang dibazirkan tu bayar hutang negara atau sekurang2nya tak buat hutang baru, kan ni semua kerja gila beb. kan BN ni macam tempah kubur beb, BN ni kira bernasib baik lagi la beb sebab masih ramai lagi manusia bangang yang jadi penyokong, dan masih ramai lagi orang yang sudi diperbodohkan kalau tak da lama da BN ni mampus.



Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP