Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Thursday, April 5

Bloger bangsat




 OLEH: EX-BLOGGER UMNO
SUARAPAKATANRAKYAT.COM: BUKTI KEJAYAAN UNIT SARAF SIBER UMNO


Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat empat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu.
Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan:
1) Individu - Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ dan menjatuhkan pihak lawan.
2) Jabatan Perdana Menteri - Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setiap artikel dan post dikeluarkan
3) GLC / Yayasan / NGO - Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures
4) Unit Media Baru UMNO - Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger.
Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka:
Blogger Elitis Penyerang Individu:
1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan.
2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja
3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam.
4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia
5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.
Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan:
1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu
2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail
3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents
4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger ‘nyamuk’.
Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan “Manusia Paling Suci” oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.
p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?

Read more...

Dah mula taktut nampak


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan mengadakan perhimpunan 'Duduk Bantah' pada 28 April ini sebagai tanda protes terhadap sistem pilihan raya - keputusan diumumkan sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
Gabungan itu menamakan protes itu sebagai Bersih 3.0 - susulan kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.
Aik belum apa-apa lagi da meroyan ketakutan pe kejadah ni Nazri, Takut eeeh, Kahkahkah

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP