Followers
Tuesday, August 9
gambar bila anjing kepenatan menyalak
 macam bercabag je lidah anjing ni
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mana-mana pihak termasuk  pembangkang sepatutnya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) berhubung keraguan membabitkan daftar pemilih untuk disiasat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul  Aziz berkata, ia termasuk dakwaan kononnya penduduk tetap (PR) yang  tidak layak mengundi turut berada dalam senarai pengundi SPR yang sah.
"Saya tidak jangka perkara itu boleh berlaku (PR dalam senarai  pengundi). Sebab untuk mendaftar jadi pengundi, seseorang itu perlu  mempunyai kad pengenalan biru.
"Jadi saya tidak tahu bagaimana orang yang tidak ada kad pengenalan  biru ini boleh menjadi pengundi (seperti yang didakwa pembangkang),"  katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan pembangkang  bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar  Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2, 2011 adalah berstatus PR dan  bukannya warganegara.
Terdahulu, Nazri menerima memorandum daripada sekumpulan Ahli  Parlimen pembangkang yang diketuai oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin  Ayub yang mendesak supaya diadakan satu sidang khas Parlimen bagi  membincangkan mengenai isu tersebut.

 
 
 
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)