Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, December 6

senarai calon muda umno

Pakatan pembangkang tidak mahu memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, Selasa.

Katanya ini jelas terbukti daripada kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

 Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya umum akan datang.




Mamat ni tak sekolah ke apa, bagitau gua, mana menteri atau timbalan menteri dari Bn yang umurnya bawah 40 tahun, Apa maksud lu generasi muda ni, apa Taib mahmud tu boleh dianggap muda ke, Rais Yatim pulak remaja, Mahyuddin pula pemuda, shafie pulak baru je akil baligh.


Satu lagi yang lu menyebuk pasal parti orang lain apahal, jaga parti sendiri la beb. parti yang bakal pupus tak lama lagi tu. Lagi pun belum tentu lu buat apa yang lu janji nak letak calon muda, entah2 cuma gimik politik je nak tarik orang muda undi UMNO.


Kalau lu betul letak calon muda gua suka bagi cadangan nama-nama yang sesuai sangat2 dengan umno. pertama saiful buhari, kedua papa gomo, ezam sesumpah, lokman badak berendam, last sekali letak tu budak kulim tu, walaupun dah tua gua rasa boleh la diletakan sebagai muda, sebab mamat ni bukan ingat mati, larung je, dosa pahala letak jauh2, dendam didahulukan.

Read more...

felda bukan kubu lagi


Mari kita lihat sekali imbas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka Felda dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda:

1.                  Menuntut permohonan maaf daripada Pengerusi Felda, Isa Samad di atas penghinaan beliau terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin semasa program sesi penerangan di Melang Inn, Kuala Pilah. Permohonan maaf beliau dituntut dalam tempoh 14 hari di 5 buah akhbar utama dan secara terbuka di mana-mana majlis melibatkan peneroka atau jika enggan, Isa Samad akan berhadapan dengan tindakan  undang-undang. (Sehingga kini, tidak kurang 22,000 rakyat Malaysia menyaksikan kebiadapan Isa Samad melalui video di Youtube ini http://youtu.be/pMenvftq6Ys )
2.            Mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda, JKKP dan GPW menolak perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) melalui kuasa Menteri Koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi pilihan perwakilan KPF dan undang-undang Koperasi Permodalan Felda.
3.            Menuntut Kerajaan Malaysia atau Felda Global Ventures supaya menghentikan tindakan memajakkan tanah-tanah Felda diuruskan Felda Plantation yang didapati merugikan masa hadapan peneroka dan anak-anak. JKPP dan GPW menuntut supaya Surat Pajakan Tanah di antara Felda dan Felda Global Ventures diberikan dahulu kepada peguam mereka untuk diteliti atau Felda Global Ventures bakal menghadapi tindakan injuksi mahkamah
4.            Mengutuk tindakan Seranta Felda mengganggu peneroka untuk mendapatkan maklumat-maklumat tepat mengenai isu semasa Felda, penyelewengan Pengarah Seranta Felda dan menuntut Unit Seranta Felda dibubarkan. Manakala pegawai-pegawai Seranta Felda yang berkebolehan diserapkan secara tetap ke dalam Felda, bukan berstatus kontrak dulu, kini dan selamanya
5.            Menuntut perletakan jawatan (ayat asal mengundurkan diri) Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, menuntut perletakan jawatan Dato Sabri Ahmad sebagai Ketua Eksekutif Felda Global Venture dan menuntut perletakan jawatan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid sebagai Pengarah Seranta Felda.

kAH KAH kah kah kah Umno makin nazak nampaknya, lubuk kuat pun da mula bocor, dulu felda ni kubu kuat umno, siapa berani masuk felda pas tu naik kan bendera pas mampos, kena pulau atau tka pun kena belasah,
Sekarang ni jangan harap la orang felda da mula buka mata, selama ni kena tipu, kalau tak masakan kat pahang dah ujud kes peneroka saman felda. alamat umno bakal bekubur di felda amat cerah, yang terbaru pulak kes nak swastakan felda. mengamok sakan orang felda.

Sejak perasuah jadi pengerusi felda, orang da mula meluat, dan orang ramai pun da mula faham permainan umno, kenapa kutu yang memang kantoi rasuah oleh umno sendiri ni tiba2 boleh jadi bos besar felda, apa da mabuk ke umno ni.

Read more...

Melayu kena bohong lagi

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak lagi mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan kaum itu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tegas Perdana Menteri, apa yang termaktub dalam Perlembagaan telah membolehkan kerajaan memerintah dan membina sebuah negara yang adil serta saksama untuk semua kaum.

Lu pernah tangok muka orang kena kencing dan lepas tu kegembiran, tak sikit pun rasa marah, malu atau dibodohkan. Tak pe nanti gua tunjukkan.

Sibabi CSL hina islam ada ke orang2 ni marah, keistemewaan Melayu kena ragut ada kutu2 ni marah, gua ambil satu contoh je dulu masa gua belajar biasiswa untuk anak Melayu semua dapat sekarang apa yang melayu dapat! hutang!.

Gua nak tanya apa keistemewaan orang Melayu yang tinggal, yang duk dibangga2kan ni, orang nak murtad senang, nak ambil gambar separuh bogel dapat bayaran pun senang, buat projek anak segera dan pas tu buang pun senang, nak bela lembu dapat duit ratusan juta pun senang, nak balun duit rakyat pun senang, agak nya ni la keistemewaan orang melayu, yang patut dipertahankan.

Rakyat sebenarnya da muak dengan cerita donggeng melayu istemewa ni, yang papa kedana tetap melayu, yang hidup susah pun melayu, yang kaki pit pun melayu, yang banyak kena aids pun melayu. jadi tak yah la nak menipu nak perjuangkan Melayu.

Puak2 pengkhianat melayu ni UMNo la tu! terjerit sana sini kata mempertahankan melayu, tapi bukti da 54 tahun merdeka, oppsss salah da 54thun tukar kerajaan british kepada Umno, apa yang sebenarnya Melayu dapat, Melayu cuma dapat kata2 manis, gula2 sikit, dan adalah beberapa kerat jadi jutawan.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP