Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, August 15

Dinosaurs Kena Saman...???


KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam memerintahkan supaya surat saman permohonan fasakh yang difailkan Riza Ainurin Ramlan diserahkan kepada suaminya sebelum 19 September ini.

Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin memutuskan demikian bagi membolehkan kedua-dua belah hadir bagi sebutan semula kes itu pada tarikh tersebut.

Riza Ainurin, 24, yang kini sedang hamil lapan bulan telah memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, anak kepada Rais Yatim, Dino Rais pada 15 Ogos lalu.

Terdahulu, peguam Syarie, Roslizam Rahim yang mewakili plaintif memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Ini kerana, pihaknya sebelum ini telah menghantar dua surat saman kepada defendan (Dino) pada 28 dan 29 Ogos lalu namun gagal diserahkan kerana perunding teknologi maklumat itu telah bertukar alamat.

Dino merupakan anak kedua daripada empat adik beradik telah melangsungkan perkahwinan dengan Riza Ainurin pada 10 November 2007 dan kini sedang menantikan anak sulung mereka.- Bro TT

Read more...

Cun Nyeerrrr....!!!!


Pelakon Filem ‘Aku Masih Dara’ yang terkenal dengan imej seksi tahun ini buat pertama kalinya menyambut kedatangan Ramadhan dengan imej yang jauh berbeza.

Beliau yang juga merupakan Pelakon Drama popular Astro, Mertua VS Menantu ini mengakui lebih selesa dengan imej terbaru beliau mengenakan tudung tanpa sebarang pakaian yang menjolok mata.

Namun bagi Raja Farah, cabaran paling getir bagi beliau setelah berpakaian Muslimah adalah memastikan gaya pertuturan dan pergaulan beliau dikawal dan tidak melampaui batas juga bersesuaian dengan status beliau kini bergelar isteri orang.

Raja Farah yang tampak manis mengenakan imej terbarunya juga berkata beliau masih lagi menerima tawaran berlakon namun agak terhad kerana mahu memberi tumpuan terhadap rumah tangganya.

Semoga Raja Farah akan terus kekal dengan imej seorang wanita Muslimah dan yang paling penting, biarlah ianya selari dengan hati dan jiwa yang bersih.

Selain Raja Farah, beberapa artis tanah air yang turut mengambil langkah yang sama termasuklah Farah AF2 dan bekas kekasih Nabil Raja Lawak iaitu Irma Hasmie.

Read more...

Brahim Merapu Lagi


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata telah dicerobohi oleh DAP melalui Pengerusi parti tersebut, Karpal Singh.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Karpal selaku peguam bela kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya bertindak sebagai peguam yang beretika dan berintegriti.

"Tetapi beliau (Karpal) menyalahgunakan peranannya sebagai peguam bela apabila bertindak melambat-lambatkan perbicaraan kes liwat tersebut sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Tindakan itu demi kepentingan politik DAP. Jadi, di mana letaknya keadilan sistem kehakiman di negara ini jika sesuatu parti politik boleh mencerobohi perbicaraan mahkamah?" katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Gua ingat mamat ni da tak berani keluar dari kena kepit bini, rupa ada suara laigi la, lawak gila la suruh orang beretika dan berintegriti, dont talk shit la, kah kah kah

Gua tak faham la apa yang dia takut benar dengan Anwar ni beria2 benar nak suruh anwar cepat-cepat kena sumbat dalam penjara.

dendam kesumat mamat ni pada Anwar sampai sekarang masih tak padam-padam gua pun jadi hairan. Kalau nak ikutkan nafas pun dah semakin pendek tapi hati masih kelam kesian gak gua tengok.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP