Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, January 28

Hancur?


Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Najib menyifatkan janji-janji pembangkang seperti ingin menghapuskan tol dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga minyak sebagai tidak realistik.
Malah, Perdana Menteri menegaskan, janji-janji tersebut merupakan resipi kepada kehancuran ekonomi negara.
"Tidak realistik kalau hendak hapuskan tol dan PTPTN. Hutang PTPTN banyak, ada RM40 bilion sekarang. Pada masa akan datang, semua pelajar IPT (institusi pengajian tinggi) kalau dapat PTPTN akan minta supaya hapus kira.
"Ini resipi untuk kehancuran ekonomi. Tak payah pakar ekonomi, orang biasa pun boleh fikir ia akan bawa kehancuran ekonomi," katanya.

Apanya yang tak realistik ni gua sendiri pun tak faham, realistik pulak bila nak bela lembu guna duit sampai rm250juta, bagi permata pintar sampai Rm111juta. belum lagi cerita kapal selam, jet pejuang, skandal maika, pkfz. Yang lain gua malas nak sebut lu boleh fikir sendiri.

Mrngenai resipi kehancuran ekonomi pulak bukan ke selama ini memang ekonomi Malaysia menuju kehancuran, dek perbuatan BN. Malaysia ni masih beruntung masih ada minyak, kalau tak dah lama da ekonomi Malaysia bungkus, Tu pun kerajaan BN masih leka, rakus nak memjahanamkan ekonomi.

 Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan ‘perbelanjaan’ sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini? gua cilok dari sini


Read more...

Friday, January 27

lembu emas

Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
  
 Apa cerita ni beb keluarkan lembu cuma 8000 dengan modal 250juta dikatkan berjaya apa da mabuk ke, budak sekolah pun boleh kira beb. Kalau la boleh hasilkan cuma 8000 ekor lembu di nilaikan sekor paling mahal pun rm5000 jumlah kutipan baru rm40juta. cerita banyak pun tak guna lu pikir la sendiri.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP