Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, October 29

Sistem pendidikan negara kucar-kacir

Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

Ini la hasil dasar BN yang hancus, dan menhancurkan anak bangsa sendiri, buat sesuatu tanpa kajian kukuh main syok sendiri, akhirnya anak2 bangsa sendiri yang susah. nampak sangat bangangnya siapa yang buat keputusan untuk melaksanakan PPsmi ni dulu, kerajaan BN ni bukan sekali buat dasar yang merugikan rakyat tapi dah banyak kali, kemudiannya bila tak berjaya atau dah cukup menyusahkan rakyat baru sibuk nak mansuhkan.

Rakyat yang da terbiasa pula dengan PPsmi kini menjadi mangsa pula kebodohan kerajaan ni.pada mula nya memang susah tapi bila da terbiasa ramai juga yang mula serasi dengan ppsmi, bila da serasi, balik semula kepada asal. ntah apa yang kutu2 kat kememntrian pelajaran ni fikirkan pun tak tahu la. Pada gua la mansuh atau tak mansuh PPsmi ni sistem pendidikan memang dah kucar-kacir. kan lebih baik kalau dari mula dibuat kajian yang teliti bukan da parah baru nak diubah

Sebenarnya dosa kementrian pelajaran kepada rakyat dah lama da terutama kepada orang melayu, mungkin sekarang anak muda tidak ingat tentang penghapusan tulisan jawi,yang dilakukan kementrian pelajaran dan kesannya buta jawi kepada anak muda sekarang gua rasa agak parah.

Yang gua heran kenapa bila tukar menteri je tukar dasar, kemudiannya menjadikan rakyat semakin keliru. yang paling teruk pada gua adalah semasa Hisam jadi menteri pelajaran, habis kelam kabut dibuatnya budak2 sekolah. Gua tak nampak pun kejayaan hisham ni yang paling ketara yang telah bejaya melonjakan institusi pendidikan negara malah gua tengok semakin jadi haru biru pulak.

Sekarang ni pulak mat sembab jadi menteri, mula2 tu nampak macam ada la sikit berubah rupa2nya 2x5 je. Buat dasar tnapa ketelitian, terlalu banyak pilih kasih di kalangan warga pendidik. yang paling gua tak berkenan penganugerahan wang tunai kepada pengetua dan gurubesar yang sekolahnya cemerlang. sekarang semua sekolah berlumba2 nak jadi cemerlang kesannya ada sekolah menghalang murid ambil periksa.

Kesan yang paling jelas nanti adalah kepada anak murid, mengikut kajian 80% pelajar tidak mampu menanagi stress. dek kerana berlumba nak cemerlang kadang2 atau mungkin selalunya guru2 lupa bahawa anak didiknya bukan semua boleh tercapai akal dan secara tak langsung akan memberi kesan stress kepada murid.

Read more...

Friday, October 28

BN dah gila ke apa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 dan akan mengambil tindakan susulan jika didapati wujud salah laku, kecuaian dan sikap tidakbertanggungjawab membabitkan aspek pengurusan kewangannya.
Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam berkata pada masa sama, pelbagai inisiatif penambahbaikan juga telah dan sedang giat dilaksanakan selari dengan sasaran kementerian untuk mencapai penarafan empat bintang menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011.

KDN cuma dapat 3 bintang je kalau jumlah yang paling cemerlang bermakna KDN ni cuma setakat baik je la agaknya, atau da hampir dekat buruk la tu. Gua suka dengar cita2 murni TS Mahmood ni cuma gua macam tak yakin je kalau KDN ni mampu ambil tindakan jika wujud salahlaku, kecuaian. bukan setakat KDN je gua tak percaya kementerian lain pun sama, yang gua lebih tak caya dan gua tak percaya ialah jabatan perdana menteri dan kementerian penerangan. Dua kememnterian ni paling ramai kaki belit dan pengampu.

Kementerian lain gua malas nak ulas sebab, bloger2 lain da banyak ulas, kes bela lembu la, kes beli kereta perisai la, kes beli vanicular la, kes beli kuda la dan macam2 lagi kes yang melibatkan duit rakyat. samada kena kapur atau kena songlap atau kena tibai ke gua da tak heran, sebab semua kementerian dalam kerajaan BN ni memang bermasalah, sebab diaorang ingat duit rakyat tu macam harta tebusan diorang aja, senang nak diperabis.

Gua cuma berminat nak tahu pasal apa berlakunya perbelanjaan melebihi peruntukan bagi bayaran perkhidmatan dan bekalan, aset serta pemberian. kita lihat ada 6 kementerian yang belanja lebih dari sepatutnya. gua tak faham kenapa ini boleh berlaku, alasan yang diberikan juga tidak menyakinkan, kemana kah duit rakyat ni pergi sebenarnya, apakah kerajaan BN begitu lemah dalam pengurusan sehingga lebih rm300juta dibelanjakan lebih dari peruntukan. Atau kakitangan dalam kerajaan ni tidak cekap membuat kira2 semasa memohon peruntukan. Dibawah ni gua senaraikan kementerian tersebut:

1.kementerian kesihatan lebih belanja 173.04 juta- yang ni gua boleh faham sebab nak agak kos kesihatan memang sukar tapi macammana pun kenapa jumlahnya terlalu tinggi.

2.Kementerian Dalam Negeri lebih belanja 56.83juta- yang ni gua tak faham kenapa begitu tinggi sangat apa Hisham tak pandai ke atau terlebih pandai. Kepada siapa sebenarnya lu bayar lebih ni Sham.

3.Kementerian Luar lebih belanja 52.68juta- yang ni lagi gua tak faham apa sebenarnya yang dibayar oleh kementerian luar sehingga lebih 52juta dari peruntukan asal, apa perkhidmatan dan bekalan atau yang kementerian ni bayar sebenarnya. apakah sewa hotel RM 120ribu yang dikecohkan sebelum ni termasuk dalam bayaran kementerian ni, kenapa byak sangat belanja lebih dari peruntukan.

Pelik betul gua tengok. lagi beberapa kementerian gua malas nak ulas gua cuma nak tanya Najib, Muhyidin, Hisham, Anifah apa semua ni. Terangkan kepada rakyat mana perginya duit rakyat ni semua.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP