SELAYANG – Gara-gara berang dihalang menggunakan mikrofon untuk membaca kitab, seorang penceramah bebas terkenal di sini bertindak mencederakan seorang pengerusi surau di ruang solat, Khamis lalu.
Akibat tindakan tersebut, mangsa, Pengerusi Surau An-Nur Kampung Lembah Indah, Rostam Abdul Rahim cedera di bahagian muka dan telinga akibat ditunduk dan ditendang penceramah terbabit.
Menceritakan detik kejadian, Rostam memberitahu, kejadian selepas selesai solat Isyak bermula sebaik yang juga penceramah bebas yang didakwa tidak mempunyai tauliah itu menggunakan mikrofon surau untuk membaca kitab.
“Sebelum itu, ustaz (penceramah) sudah dimaklumkan agar tidak menggunakan kemudahan tersebut melalui arahan bersama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pihak Jais telah menasihati saya menghalangnya daripada membaca kitab kerana namanya tidak terdapat dalam senarai.
“Pihak Jais juga menasihati saya hanya membenarkan ustaz itu untuk menjadi imam atau jemaah sahaja,” katanya.
Kan biadap namanya ni, nak baca kitab pun kena ada tauliah, gila ke apa, weeiii wak yang halang tu kalau nak jadi barua Jais pun berpada2 la, kan lebih baik lu pergi halang orang baca majalah lucah yang belambak kat pasaran ni,mana yang lebih mudarat wak. Takan la baca kitab boleh pecahbelah umat, lu tengok akibat tindakan Jais umat Islam telah mula pecahbelah, bergaduh sesama sendiri, Jais boleh ketawa besar la lepas ni, berjaya mencapai cita2.
Lu tengok kata2 wak ni:
“Pihak Jais juga menasihati saya hanya membenarkan ustaz itu untuk menjadi imam atau jemaah sahaja,”
Gila ke apa nasihat Jais orang pergi surau hanya boleh jadi imam atau jemaah sahaja, zalim sungguh arahan tu, wak ni pun satu kalau Jais nasihat je lu terus ikut walaupun tak betul, kan pelik namanya.Kata orang jawa wong edan. Semakin gila nampaknya orang Malaysia yang tak dijajah Inggris katanya.
Read more...