BLOG NI UNTUK ILMU DAN LUAHAN RASA GUA TERHADAP KETIDAKADILAN YANG BERLAKU
ISTIQOMAH
SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA
BUNTATJ@GMAIL.COM
BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN
Wasiat Saidina Ali...
1. Dosa yang paling besar ialah takut. 2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa. 3. Berani yang paling besar ialah sabar. 4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan. 5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Merapu Najib lah!.. Najib berkata, ada pemimpin tertentu menggunakan fatwa ulama terkenal Yusuf Al Qaradawi bahawa kerajaan yang zalim wajib digulingkan, tetapi fatwa itu sebenarnya untuk Mesir dan Libya dan bukan untuk Bahrain, Qatar, Arab Saudi dan Malaysia atau negara-negara lain. "Hanya untuk dua negara itu sahaja. Di Malaysia kita bukan kerajaan zalim. ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pun dah takde. Kini ada undang-undang perhimpunan aman. "Sesiapa pun boleh boleh berhimpun asalkan aman. Pembangkang pun boleh buat," katanya.
Ini pulak video terbaru penonton keluar beramai-ramai ketika najib berucap dan penonton pula memainkan horn membingitkan suasana sehingga najib terpaksa menenangkan penonton, kesian beb, dah semakin nazak umno ni, Najib dah tak laku. Minta nyawa, minta nyawa.
Terus merayu Najib orang dah tak percaya, umno bakal berkubur selepas pru13, tektik lu orang dah dapat baca. Talkin untuk umno.........
Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.
Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.
"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).
"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.
"Spin kita boleh, spin macamana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.
Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.
"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.
"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).
"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur.
Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysiaturut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.
"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.