BLOG NI UNTUK ILMU DAN LUAHAN RASA GUA TERHADAP KETIDAKADILAN YANG BERLAKU
ISTIQOMAH
SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA
BUNTATJ@GMAIL.COM
BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN
Wasiat Saidina Ali...
1. Dosa yang paling besar ialah takut. 2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa. 3. Berani yang paling besar ialah sabar. 4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan. 5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"
Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di London untuk berdebat.
EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata pergerakan itu mencabar individu itu berdebat bagi menyampaikan informasi yang betul dan terkini mengenai Malaysia terutamanya membabitkan soal pilihan raya dan isu BERSIH.
"Mungkin beliau tidak berapa faham kerana kurang informasi, saya mahu debat dengan dia hendak bagi dia faham. Beliau seorang yang keliru tetapi memilih untuk 'tunjuk pandai' pada hari tersebut.
"Saya akan mewakili Pemuda UMNO dalam debat terbuka ini dan saya harap debat secara intelektual ini akan berlangsung secara harmoni dan terbuka," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
La ada teloq ke mamat ni nak berdebat, setahu gua pemuda umno, adalah pemuda paling bacul dalam pergerakan pemuda parti-parti politik, Gua yakin la kalau mamat yang celik tentang bersih tu sahut cabaran untuk berdebat, tak cukup tanah pemuda umno ni lari sembunyi belakang bini ikut macam ikon diorang raja katak.
Kat dalam media pencacai boleh la tunjuk berani beb, cuba lu kalau anak jantan berdebat kat London, pastu siarkan secara langsung, gua ingat dengan teloq sekali kuncup beb. Nak belagak konon. nak cari publisiti la tu nak jadi calon agaknya.
Gua rasa tak payah lu nak sibuk mencabar orang yang ada kat luar negara untuk bedebat beb, cabar je yang ada kat dalam negara ni, kalau berani cabar cikgu bad ke, rafizi ke, kalau takut sangat cabar je srikandi pkr. apamacam ada beran. Kalau nak berkokok pun tak payah pergi jauh beb, kat kampung sendiri Malaysia pun boleh beb.
Tinjauan Berita Harian semalam mendapati kawasan kediaman Ambiga di Jalan Setiakasih 1, agak tenang, malah tiada lagi kelihatan gerai burger mahupun kumpulan tertentu berkumpul untuk melakukan demonstrasi menyatakan bantahan terhadap tindakan beliau menganjurkan Perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata rondaan dijalankan di sekitar kediaman itu rondaan rutin dilakukan polis bagi membanteras sebarang aktiviti jenayah selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
“Kita bukannya melakukan rondaan ekoran laporan polis yang dibuat Ambiga mengenai tindakan beberapa pihak yang didakwa berniaga burger dan melakukan senaman punggung di hadapan rumahnya, namun sebaliknya tugas itu dilakukan adalah bagi meningkatkan kehadiran polis di kawasan yang berisiko,” katanya ketika dihubungi semalam.
Respon gua umno dengan kegilaan punggung lebih sesuai kalau buat senaman dengan disertakan nyanyi ini, memang sesuai sesangat. kahkahkah
Berdekah gila gua tengok video ni mengalakan maharaja lawak mega beb, dah tua-tua kenapa boleh jadi bangang beb, yang gua tak boleh tahan bila Ambiga offer air kat mamat ni, respon yang diberi "kita orang melayu orang dan islam kita minum air suam" mana fatwa la mamat ni dapat orang islam minum air suam, kahahkah rupanya ramai juga orang bangang kat Malaysia ni ye