Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, November 26

semalam wak din hari ni hj jib

1.Presiden Umno itu berkata anggota Umno mesti memperlihatkan iltizam untuk melakukan pengorbanan dan tidak membiarkan perasaan atau perhitungan peribadi mengatasi pertimbangan yang lebih besar iaitu kepentingan parti.

  2.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam harus berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara bagi memastikan bangsa tidak ketinggalan.

Dua senario yang diluahkan oleh seorang pak haji kaki kencing, kenapa gua cakap macam tu, untuk senario pertama, kalau benar la najib sayang umno kenapa dia sendiri tak berundur, bukan kah dia dan isterinya  sekarang ni bukan aset tapi liabiliti kepada umno, terlalu banyak isu yang tidak terjawab sehingga rakyat merasa meluat melihat dua makhluk ni.

Dulu pak lah begitu gental letak jawatan beri pada najib sebab dia dah sedar dia menjadi beban kepada umno, tapi najib ni lain bila bercakap memang boleh tahan tapi bila buat hampeh, buat la pengorbanan jib kalau lu betul sayang umno, umno semakin lemah beb, bukan semakin kuat, lu cuma ada tiga je talian hayat negeri johor sabah dan serawak. negeri lain nampak gaya bakal mengucapkan hai hai bai bai je la.opppssssssss gua lupa satu lagi talian hayat warga asing.

Untuk senario kedua pula lu pun kena berani melakukan penhijrahan takkan la sampai nak masuk kubur pun lu nak biarkan rambut gerbang bini lu tu, sekarang ni lu sibuk menyebut pasal wasatiyah siap ada forum pulak, tapi lu faham ke maksud atau kandungan wasatiyah tu. atau perkataan baru yang lu jumpa lepas tu jadi manisan dibibir je. atau cuma dialog untuk menujukan lu lebih memahami islam dari orang lain



Read more...

Friday, November 25

Johor, jangan harap la beb

Polis Johor Jumaat menafikan dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali bahawa permit ceramah parti itu di negeri ini dibatalkan pada saat akhir.
Sebaliknya kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, pihaknya tidak pernah meluluskan permohonan untuk mengadakan ceramah yang dibuat PKR dua hari lepas
Beliau mengulas kenyataan Azmin yang memberitahu pemberita selepas perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di sini Jumaat bahawa polis membatalkan permit ceramah PKR di beberapa kawasan pada saat akhir Khamis malam.

"Kita kena hormat undang-undang...kalau tidak hormat, itu juga mencabar polis," katanya ketika ditanya mengenai desas-desus pemimpin PKR tetap mahu mengadakan ceramah tersebut.
Inilah nasib parti pembangkang kat Johor, lu orang jangan harap nak dapat laluan mudah di Johor, lubuk umno tu beb, apa2 pun boleh, kena serang, kena kepong, kena halau, kena dengki, tak dapat permit,permit batal, diganggu kutu2 berahak memang dah jadi amalan umno johor,  habis semua agensi dan jabatan kerajaan diorang boleh kudakan atau lembukan tak de siapa pun yang berani protes, kalu protes pun jangan harapla ada kutu yang layan, sory la.

Sibangsat2 dalam negeri johor ni mana gental beb, semua pengecut. sembunyi belakang undang2 hutan tafsiran diorang. lepas ni bila akta baru Perhimpunan Aman berkuatkuasa lagi la lu orang jangan mimpi nak jejak Johor. Tapi diorang lupa beb ada satu kuasa yang jauh lebih besar dari kuasa pinjaman diorang. Hari ni diorang boleh berbangga berlaku zalim tapi ingat Allah lebih besar kuasannya anytime je kalau nak direntap kezaliman lu, meraung lu semua.

Lu orang ingat juga semakin teruk pembangkan ditindas semakin ramai yang bakal simpati, semakin ramai yang akan buka mata, lu jangan lupa dulu kalau lu bertanding di Johor atas tiket pembangkang macam lu buang duit je hilang pertaruhan, sekarang sudah lain beb, orang da nampak busuknya umno ni, lu dalam umno menang pun sikit je.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP