Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, September 11

Nazri da ketakutan

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diingatkan supaya jangan angkuh dengan keputusan untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan ceramah beliau berkaitan peristiwa Bukit Kepong sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana lebih banyak pihak yang akan menyaman pemimpin Pas itu ekoran keceluparannya mengangkat komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong.

La Mat Sabu belum saman pun da ketakutan siap ugut balik pulak, nampak sangat menteri ni kalut dah, tuduh orang angkuh la pulak, apa yang lu takutkan sangat ni nazri, berani buat berani tanggung la. Apa lu takut ke fitnah utusan akan dibongkar kepada rakyat dan juak2 lu semua akan makan semula najis fitnah yang lu lemparkan ke? Dah lebih 15 hari lu semua bergembira dapat memfitnah Mat sabu tak cukup lagi ke, sekarang giliran Mat sabu pulak la membalas serangan.

Lu tengok atas jasa Mat sabu ni angota polis pun dapat kelebihan.

- Lebih 30,000 anggota polis berpangkat lans koperal bakal dinaikkan pangkat kepada koperal secara berperingkat mulai esok. Berita gembira itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar malam ini selepas mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Ismail, daripada jumlah tersebut, seramai 16,010 dinaikkan pangkat serta-merta, manakala 14,716 lagi akan dinaikkan kepada koperal secara berperingkat selepas ini.

Hari ini juga baru gua tahu kenaikan pangkat Polis rupanya perlu mendapat kelulusan Perdana Menteri, patut la Polis2 ni beria2 benar menurut telunjuk PM, rupanya PM la bos besar mereka, rupa2nya selama ini rakyat kena bohong la cakap polis badan bebas yang tiada kena mengena dengan kerajaan. Kalau tiada kena mengena dengan kerajaan kenapa ye PM yang bagi kelulusan kenaikan pangkat, dalam ramai2 yang naik pangkat tu berapa orang agaknya ye yang bertugas belasah orang masa perhimpunan Bersih ari tu.

Read more...

Saturday, September 10

Rekod dunia Mat Sabu

Bro Mat Sabu kali ini telah berjaya melakukan rekod dunia tanpa perlu bersusah payah melakukan apa2. rekod dunia ii sentiasa diperbaharui setiap hari. kejayaan beliau ini, adalah hasil kerja keras utusa malaysia yang menabur fitnah menyatakan Bro Mat sabu menyokong komunis dan memburukan angota polis, hasil fitnah utusan ii telah disambung pula oleh media pencacai, seterusya memberikan publisiti kepada Mat sabu.Rekod dunia ini adalah laporan polis terbanyak yag diterima oleh seseorang untuk satu isu, tahniah gua ucapkan kepada Mat sabu, dan tahniah juga kepada kebodohan pencacai kerana memberikan publisiti kepada Mat sabu.

Lusa pula sejarah akan tercatit bahawa pihak uutusan akan disaman kerana melakukan fitnah sekian kalinya, dan seperti biasa kekebalan pihak utusan akan terserlah sekali lagi, dan akan ada pihak pencacai yang akan mempertahan kan utusan termasuk mengadakan demo seperti sebelumnya, dikalangan pencacai in ada juga yang bijak bila mengambil upah untuk berdemo tetapi selebihnya bertindak bodoh kerana dengan suka rela diperbodohkan untuk berdemo.sedangkan perutukan demo itu sentiasa ada.

Rekod dunia ini pada gua akan lebih hangat jika aduan dibuat keatas utusan kerana menimbulakan keadan tidak tenteram dalam negara hasil berita fitnah yang dikeluarkan. dan gua mencadangkan supaya laporan polis besar-besarn dibuat terhadap utusan terhadap kegemparan yang dicetuskan.

Seperti gua, gua pasti rakan2 bloger lain pun tidak sabar menungu hari isnin kenapa:

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar), akan memfailkan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ini berhubung satu berita berkenaan ceramahnya yang menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu. Tempoh 24 jam yang diberikan kepada akhbar milik Umno itu agar memohon maaf berakhir semalam.
“Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekali gus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal,” jelas Mohamad di Bukit Mertajam malam tadi.

Apa yang dilakukan utusan ini sebenarnya memberi rahmat kepada Mat sabu, kerana ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran oleh gerakan dan jika beliau menang saman ini beliau akan menjadi jutawan segera.

Kah kah kah, Bro Mat Sabu kalau da kaya jangan lupa ulur2 sikit kat pencacai2 atas usaha bodoh mereka tu. kah kah kah

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP