Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Saturday, September 10

Nasihat Jais Jamaah surau bertumbuk

SELAYANG – Gara-gara berang dihalang menggunakan mikrofon untuk membaca kitab, seorang penceramah bebas terkenal di sini bertindak mencederakan seorang pengerusi surau di ruang solat, Khamis lalu.

Akibat tindakan tersebut, mangsa, Pengerusi Surau An-Nur Kampung Lembah Indah, Rostam Abdul Rahim cedera di bahagian muka dan telinga akibat ditunduk dan ditendang penceramah terbabit.

Menceritakan detik kejadian, Rostam memberitahu, kejadian selepas selesai solat Isyak bermula sebaik yang juga penceramah bebas yang didakwa tidak mempunyai tauliah itu menggunakan mikrofon surau untuk membaca kitab.

“Sebelum itu, ustaz (penceramah) sudah dimaklumkan agar tidak menggunakan kemudahan tersebut melalui arahan bersama dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Pihak Jais telah menasihati saya menghalangnya daripada membaca kitab kerana namanya tidak terdapat dalam senarai.

“Pihak Jais juga menasihati saya hanya membenarkan ustaz itu untuk menjadi imam atau jemaah sahaja,” katanya.

Kan biadap namanya ni, nak baca kitab pun kena ada tauliah, gila ke apa, weeiii wak yang halang tu kalau nak jadi barua Jais pun berpada2 la, kan lebih baik lu pergi halang orang baca majalah lucah yang belambak kat pasaran ni,mana yang lebih mudarat wak. Takan la baca kitab boleh pecahbelah umat, lu tengok akibat tindakan Jais umat Islam telah mula pecahbelah, bergaduh sesama sendiri, Jais boleh ketawa besar la lepas ni, berjaya mencapai cita2.

Lu tengok kata2 wak ni:
“Pihak Jais juga menasihati saya hanya membenarkan ustaz itu untuk menjadi imam atau jemaah sahaja,”

Gila ke apa nasihat Jais orang pergi surau hanya boleh jadi imam atau jemaah sahaja, zalim sungguh arahan tu, wak ni pun satu kalau Jais nasihat je lu terus ikut walaupun tak betul, kan pelik namanya.Kata orang jawa wong edan. Semakin gila nampaknya orang Malaysia yang tak dijajah Inggris katanya.

Read more...

TGNA, TGHA, Kak Wan berlakon!

Latif yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, walaupun banyak kes-kes liwat dibicarakan di mahkamah, kes melibatkan Anwar dianggap paling istimewa kerana terlalu banyak ditangguhkan atas kehendak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri.
Katanya, Anwar juga boleh diibaratkan seperti seorang pelakon yang berlakon di dalam episod drama panjang ekoran kes liwat yang dihadapinya itu.
Malah Latif berkata, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah yang memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta sekutu dalam pakatan pembangkang, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diibaratkan sebagai pelakon dalam drama itu.
"Dalam hal ini rakyat sebenarnya boleh agak siapa pengarah kepada drama ini. Pada saya mudah, DAP yang mengawal segala Anwar dan pakatan pembangkang.
"Tetapi mereka kena sedar bahawa rakyat kini bukan lagi majoriti yang berdiam diri semata-mata. Rakyat hari ini adalah pengundi yang berpengetahuan dan bermaklumat," katanya.

Belajar je tinggi2 bukan jadi semakin pandai tapi semakin bodoh, weiii cari la idea lain kalau nak fitnah orang pun, idea ni da basi la weiii, da tak laku la, macam skrip liwat2. Harap je jadi timbalan menteri pertahanan tapi banggang. Patut la singapura senang je pijak kepala. timbalan menteri dengan menterinya sama level bangang. weeii lu ingat kata2 lu macam ni boleh bodohkan rakyat ke, lu sendiri yang cakap rakyat sekarang ni berpengetahuan dan bermaklumat.

Kalau lu nak sangat kes Anwar ni selesai cepat, lu bagi je la dokumen yang peguam anwar nak kenapa takut, suruh taogeh lu rosma dan bini dia najib beri keterangan, suruh juga polis pencen tu bagi keterangan kenapa takut.Siapa yang lari2 konon berani datang kemahkamah lepas tu cuma pusing2 tengok jamban mahkamah je, bila suruh bagi keterangan cabut lari tak cukup tanah.

Ni apa pulak cerita Kak wan dengan Izzah, TG Nik Aziz, TG Hadi Awang. jadi pelakon dan tiba2 pulak DAP jadi pengarah. Kalau macam tu gua pun boleh cakap Lu, Najib, Nazri sebagai pelakon, pengarahnya berahim katak. Pelakon utama Rosmah. boleh macam tu, lu sedap je cakap, orang lain pun boleh sedap cakap juga.

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP