Pages

Saturday, April 6

Soalan yang biasa ditanyakan

Saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada ustaz berkenaan dgn hukum kita sebagai pengundi Islam yg mengundi pengundi bukan Islam sedangkan kita ketahui bahawa kita sebagai seorg yg muslim dilarang utk memilih seorg bukan Islam sebagai ketua atau pemimpin.

1. Adakah kita boleh memilih calon bukan

Islam (contohnya dari DAP/KeAdilan) sekiranya pemimpin itu bersatu di bawah BA(Barisan Alternatif) dan bukan bersama BN ?

2. Bagaimana sekiranya ada calon dari UMNO/BN(seorg yg kita ketahui beragama Islam) bertanding dgn calon Keadilan(bukan beragama Islam),mana satukah calon yg harus kita pilih berdasarkan prinsip kita menurut perspektif Islam.Apakah hukumnya jika kita tersilap memilih pemimpin(imam) kita?

3. Apakah pandangan ustaz apabila perkataan Islam dipadamkan dari parti politik dan sebarang pertubuhan?UMNO menjelaskan bahawa nama Islam harus dimansuhkan utk mengelakkan nama Islam itu dari di salahgunakan oleh parti politik atau mana² pertubuhan kerana ada yg beranggapan bahawa Islam bukan parti. Sila perjelaskan ustaz.

4. Minta penjelasan ustaz mengenai "Pangkah PAS masuk syurga, pangkah UMNO masuk neraka". Benarkah ada di kalangan pimpinan PAS pernah berkata sedemikian rupa?Dan bolehkah kita sebagai seorg muslim berkata sedemikian kepada org UMNO semata-mata utk meraih undi.

Sekian sahaja utk kali ini.Semoga ustaz boleh menjawab segala soalan ini dgn jelas.. Segala usaha ustaz utk menjawab hanya ALLAH sahaja yg mampu membalasnya.

JAWAPAN:

1. Harus untuk kita memilih calon yg bukan beragama Islam untuk memberi kemenangan kpd sebuah gagasan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti yg diperjuangkan oleh BA. Tidak salah kita bekerjasama atau memohon pertolongan org bukan Islam dlm usaha yg murni seperti mmebanteras kezaliman, di mana selagi kerajaan sedia ada tidak ditumbangkan, kezaliman akan terus berleluasa terutama terhadap segolongan rakyat yg tidak bersetuju dgn arus perdana. Selagi tidak ditumbangkan, tidak mungkin akta2 yg zalim itu dapat dimansuh atau dipinda, tak mungkin ISA yg memberi kuasa kpd polis dan menteri dalam negeri menjadi hakim, dapat dihapuskan. Oleh itu, harus hukumnya untuk kita mengundi calon bukan Islam yg sama perjuangann ya dgn kita. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkata dosa dan pencabulan/permusuhan" (Surah al-Maidah: 2). Nabi s.a.w. juga pernah meminta pertolongan drp seorang kafir musyrik yg bernama Abdullah bin `Uraiqit untuk menunjuk jalan menuju ke Yathrib (kemudiannya dinamakan Madinah) semasa berhijrah untuk menyelamatkan diri drp cubaan membunuh oleh musyrikin Mekah dan untuk mengembangkan dakwah dalam fasa yang lebih luas.

Sebaliknya, menyokong calon2 yg hanya berperanan mempertahankan dasar sekularisme dan undang2 zalim, tak kira calon itu beragama Islam (sudah tentu Islam yg jahil) atau pun bukan beragama Islam, adalah tidak harus dan boleh membawa dosa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yg bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yg zalim, nanti kamu disambar api neraka" (Surah Huud: 113) dan juga larangan bekerjasama dlm perkara dosa dan pencabulan spt dlm ayat al-Maidah: 2 di atas.

2. Atas prinsip hendak memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman, adalah wajib menyokong calon yg sama2 memperjuangkan prinsip yg mulia itu, w/pun calon itu bukan beragama Islam. Sebaliknya calon yg cuba mengekalkan sistem sedia ada yg korup, zalim dan menindas itu adalah tidak harus disokong w/pun kebetulan ia beragama Islam. Agama adalah perkara lahiriah semata-mata, apabila seseorang itu mengaku beragama Islam, maka kita tak boleh menafikan keIslamannya, tetapi dlm sirah Nabi s.a.w. pun ramai orang Islam yang tak beramal dgn tuntutan Islam dan mereka itu dikenali sebg munafiq. Kalau zaman baginda ada munafiq, zaman ini lebih ramai lagi. Sebenarnya orang munafiq ini lebih bahaya drp org kafir kerana kita keliru terhadap org munafiq itu tetapi jelas terhadap org kafir. Jadi secara jelasnya, adalah menjadi tuntutan syariat Islam yg memperjuangkan keadilan, calon BA sama ada drp DAP atau Keadilan hendaklah disokong w/pun bukan beragama Islam dan calon BN hendaklah ditolak w/pun beragama Islam. Kesilapan memilih pemimpin adalah tanggungjawab kita yg akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah s.w.t. terhadap semua amal kita di dunia ini, termasuk amal ketika mengundi (rujuk Surah Yaasiin: 65). Begitu juga semua amal kita walaupun sebesar zarah (sama ada yg baik atau yg jahat), akan kita terima akibat dan balasannya yg adil drp Allah s.w.t. (rujuk Surah al-Zalzalah: 6 -8)

3. Memakai nama Islam adalah satu perkara yg harus dan tiada larangan terhadapnya s/ada dalam al-Quran atau Sunnah, apatah lagi nama itu dipakai kerana utk perjuangan menegakkannya, bukan utk mencari duniawi. Ini telah saya bahaskan secara panjang lebar dlm sebuah rencana saya yg bertajuk "Penggunaan nama 'Islam' pada pandangan Islam" (sila rujuk arkib tulisan saya di laman Minda Rakyat atau Tranung Kite). UMNO cuba menggunakan undang2 utk mengharamkan nama itu disebabkan ia sudah terdesak dgn sangkaan kononnya dgn nama 'Islam' itulah maka sokongan terhadap UMNO merosot teruk. Kalau benar begitu, kenapa UMNO juga tidak menggunakan nama 'Islam' utk dapat sokongan yg lebih baik. Kalau UMNO tak nak pakai, kenapa larang orang lain pakai?

4. Setahu saya tak ada pemimpin Pas atau mana2 org Pas yg beriktikad sedemikian, kononnya pangkah PAS otomatik dapat masuk syurga dan pangkah UMNO otomatik akan ke neraka. Sebenarnya itu hanyalah karut marut org2 UMNO utk menuduh Pas membawa 'ajaran sesat'. Saya yakin, semua ahli Pas faham bahawa perjuangan mereka utk menegakkan Islam menurut al-Quran dan sunnah itulah yg boleh menjadi sebab utk mendapatkan syurga, tapi mereka tak boleh beli syurga Allah s.w.t. dgn sekadar mengundi Pas tetapi tidak melakukan kebajikan yg lain. Begitu juga, saya yakin, ahli Pas juga faham bahawa pangkah UMNO/BN adalah salah satu sebab seseorg itu boleh dicampakkan ke neraka (perhatikan ayat 113 drp Surah Huud di atas), tetapi mungkin juga dia tak dimasukkan ke neraka jika dia bertaubat dan mengubah pendirian sebelum matinya. Syurga dan nereka hanya milik mutlak Allah s.w.t., bukan milik sesiapa, tetapi Nabi s.a.w. sentiasa menjanjikan syurga bg org yg memperjuangkan Islam (apatah lagi jika mati atas perjuangan itu) dan sentiasa menjanjikan neraka bg org yg menghalang org lain drp mendekati agama Allah s.w.t.. Ini bukan rasuah syurga spt disangka oleh sesetengah org yg jahil tapi perasan dirinya alim, tetapi janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dlm al-Quran dan hadis2 sahih. Perjuangan Islam tetap wujud sampai akhir zaman, cuma nama wadah atau landasannya sahaja berbeza antara zaman, tempat dan orang.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENULIS KOMEN, GUA BERHARAP PENULIS KOMEN TOLONG LETAK NAMA, NAMA SAMARAN PUN TAK PE, SENANG GUA NAK REPLY