Pada 16 Februari 2013 yang lalu, pihak BERNAMA telah mengeluarkan senarai penuh 20 orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Tidak banyak yang berubah berbanding senarai tahun lalu, hanya 2 tempat sahaja bertukar kedudukan.
Senarai 20 Orang Terkaya di Malaysia 2013
- Robert Kuok Hock Nien (RM46.1 bilion) (Kerry Group/Kuok Group)
- T Ananda Krishnan ( RM32.90 bilion) (Usaha Tegas)
- Tan Sri Teh Hong Piow (RM13.73 bilion) (Public Bank)
- Tan Sri Quek Leng Chan (RM11.09 bilion) (Hong Leong Group & Guoco Group)
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM10.6 bilion) (Al-Bukhary Foundation)
- Tan Sri Lee Shin Cheng (RM10.56 bilion) (IOI Group)
- Tan Sri Lim Kok Thay ( RM8.12 bilion) (Genting Group)
- Puan Sri Lee Kim Hua (RM7.23 bilion) (Genting Group)
- Tan Sri Tiong Hiew King (RM6.35 bilion) (Rimbunan Hijau)
- Ong Beng Seng (RM4.016 bilion) (Hotel Properties Ltd)
- Tan Sri Azman Hashim (RM3.84 bilion) (Arab-Malaysian Corp)
- Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM3.467 bilion) (YTL Group)
- Datuk Mokhzani Mahathir (RM2.669 bilion) (SapuraKencana Petroleum)
- Tan Sri Vincent Tan (RM2.256 bilion) (Berjaya Group)
- Datuk Desmond Lim (RM1.869 bilion) (Pavilion REIT)
- Datuk Lee Yeow Chor (RM1.742.47 bilion) (IOI Group)
- Lee Yeow Seng (RM1.699 bilion) (IOI Group)
- Tan Sri Lau Cho Kun (RM1.697 bilion) (Hap Seng Consolidated)
- Datuk Shahril Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
- Datuk Shahriman Shamsuddin (RM1.64 bilion) (Sapura Group)
Tetapi ada juga kalangan taikun di atas yang boleh kami katakan ibarat jenis kapitalis bertongkat, yang acapkali disuap dan dibantu “atas nama persahabatan”. Mereka-mereka ini sebenarnya bukannnya berdiri seperti yang ada sekarang ini atas 100% usaha sendiri. Acapkali kerajaan menyediakan “silver plate” untuk mereka menjadi lebih kaya dan bertambah kaya.
Kalangan orang terkaya di Malaysia 2013 yang sebegini yang kami perlu hormat? Kami pulangkan persoalan ini kepada anda.
Macam-macam polisi yang membantu menyenangkan perniagaan dan usaha mereka untuk menjadi lebih kaya selama ini. Sehingga ada menyebabkan rakyat Malaysia merasa tempias kesusahannya :
- Hak ekslusif perjudian
- Perolehan AP gula, kereta yang cukup ekslusif kepada mereka. Akhirnya apa jadi?
- Hak milik tanah dilanjutkan.
- Menikmati subsidi gas yang tinggi untuk penjanaan bisnes elektrik mereka (IPP)
- Dah jana elektrik, jual pula kepada TNB harga mahal. Akhirnya siapa yang terbeban? Menjadi kaya dengan cara menindas golongan bawahan patutkah?
- Perjanjian berat sebelah
- Jaminan bailout, jaminan untung
- Kebenaran monopoli sesuatu lapangan perniagaan di Malaysia
- Tender rundingan terus (direct nego). Ada yang tiada kepakaran tetapi diberikan juga projek tersebut bernilai berbilion ringgit. Akhirnya selepas menang, bukan nya mereka yang buat sistem itupun, tetapi diberikan pula kepada syarikat lain yang berpengkalan di Britain. (SUMBER? KLIK SINI). Indahnya kapitalis ini buat duit di Malaysia.
- Ada lagi anda mahu tambah?
salam wak,
ReplyDeleteAku x ada nak tambah, cuma aku tak minat untuk mempersoalkan kekayaan mereka. Ada antara mereka ini bermula dari bawah spt Syed Mokhtar dan Sapura. Sapura bermula dari Shamsuddin, dan skrg ini diwarisi pula oleh anaknya. Walaupun mereka semua ada kaitan dgn politik dan ada antara business mereka berkaitan dengan org politik, tak semestinya mereka 100% on silver platter. Kita ada kawan yang memang on silver platter, everything is given. That is true silver platter.
kalu da direct-nego dan asyik2 muka dia je yg dpt projek, tu da nama ape? kat Malaysia ni da macam jadi syarat plak nak dpt projek mega ialah mesti ada kabel ngan BN. BAPAK KABEL ye bukan kabel biasa. nak betulkan? humban dulu BN tu
ReplyDeleteNk projek mega bkn kne ada kabel dik.kne ada duit.ni bukan pasal bapak kabel ke apa.kalau ko sdara pm tp x ada duit pn x dpt dik.
ReplyDelete