Pages

Thursday, August 16

undang2 belentara


 Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap akta berkenaan.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna Internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna
Internet dalam negara.
Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang Twitternya semalam.
Apasal la menteri umno ni semua otak kecil, apa sebelum ni main hantam je ke bila buat akta, lepas big bos sound baru nak check la, nak kaji la, apa semua ni, wat undang2 ikut selera diorang je ke? Janji diorang selamat   habis semua undang2 baru diperkenalkan untuk jaga kedudukan diorang, apa barang ni beb.
Sepatutnya undang2 digubal bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara, tapi yang ni macam nak sedapkan tembolok diorang je, kepentingan rakyat tolak ketepi, apa kita ni semua duduk dalam hutan ke, undang2 rimba macam ni diperkenalkan.
Lu ingat dengan undang2 seperti ni boleh jaga kepentingan lu ke? rakyat semakin meluat la beb. semakin lu mengila semakin jauh rakyat daripada lu. Siapa sebenarnya yang mencadangkan undang2 ni, terserlah kebangangannya, kan tak pasal2 undang2 ni bukan jadi aset kepada pemerintah tapi akan menjadi racun untuk kejatuhan pemerintah. Gua percaya semakin disekat semakin kuat semangat rakyat menentang kezaliman lu orang.

No comments:

Post a Comment

SEBARANG KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENULIS KOMEN, GUA BERHARAP PENULIS KOMEN TOLONG LETAK NAMA, NAMA SAMARAN PUN TAK PE, SENANG GUA NAK REPLY