ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadirmembantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.
Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.
“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.
“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.
Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.
“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.
Menurutnya, kumpulan yang didakwa didalangi Perkasa Kota Setar itu dianggap tidak menghormati imam masjid tersebut kerana imam terlebih dahulu mengumumkan Anwar dibenarkan mengadakan tazkirah.
“Anwar mematuhi syarat ditetapkan iaitu hanya menyentuh isu agama dan pembangunan ummah, tanpa menyelitkan isu politik. Perbuatan melampau yang memberontak hingga ke dalam masjid itu seolah mahu menggambarkan tazkirah mempolitikkan masjid, sedangkan ia tidak berlaku,” katanya.
Bangsat mana yang dah gila babi ni, lu ingat masjid tu tempat main baling kasut ke, haramjadah punya manusia, umno sebenarnya dah cukup nazak sekarang tektik hingusan begini dimainkan,
Lu takkan x tau bangsat mana pulak? Ni la group bangsat yang banyak nama persatuan. kejap dari NGO X, kejap NGO W, tapi orangnye tetap sama jugak...
ReplyDeletePerbuatan yang lampau dan biadap ini tak boleh kita biarkan. Pasti yang melakukan ini dari Melayu PEKASAM yang tak pernah menjejakan kakinya ke masjid kerana perbuatannya itu tidak menunjukan kecintaannya kepada masjid.
ReplyDeleteCukuplah PERKASAM dan sedarlah bahawa Melayu Islam yang beriman tidak menerima kemunculan kamu.
Kenapa ALLAH menjadikan si pelaku ini sebagai manusia tidak haiwan?
biasalah umno, dulu dia tentang Islam secara senyap2...
ReplyDeletesekarang ni dah buat secara terang-terangan...
walhal Nabi berpesan pada umatnya, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
tak perlu tauliah dari mana2 pihak, kalau kita nak sampaikan walau pun satu ayat.
betul,
ReplyDeletesama la dengan Karpal Singh. No to Hudud!
Kita tentang habis-habisan