SAYA ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar perdana berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi. Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ia dalam suasana perang, di mana kafir harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peringkat negara di atas dasar peperangan.
Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.
Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP. Bahkan dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.
'Fatwa' Abdullah yang juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.
'Fatwa' tidak tepat lagi membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga akhbar tersebut kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif.
Saya menggesa agar pihak keselamatan segera mengambil tindakan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman.

Aku bukan umno tapi bekas pengundi tegar pas.Aku orang johor yang bermastautin di selangor.
ReplyDeleteBagi aku maksud kafir harbi tidak sesempit tafsiran kau iaitu cuma digunakan dimasa peperangan fizikal dengan umat Islam.
Kafir yang anti Islam,yang menentang hudud,yg memusuhi Islam tak kira dari parti apa termasuk MCA boleh dianggap sebagai sebagai kafir harbi.
Tidak semestinya apabila sudah meletus perang baru dianggap sebagai harbi sedangkan tindak-tanduk,sikap dan pendirian semasa aman sudah boleh dinilai sejauh mana kafir2 ini memusuhi dan membenci Islam.
Umat Islam bosnia dulu juga tidak menganggap puak2 serbia sebagai kafir harbi kerana senegara tapi akhirnya 'saudara senegara' inilah yang menyembelih,merogol dan menghalau mereka dari tanah yugoslavia.
Jadi aku lebih bersetuju yg kafir harbi tidak semestinya dalam keadaan perang tapi juga dalam keadaan aman.Dan jangan lupa kafir2 dap ini jugalah yg mencetuskan tragedi 13 mei dimana beratus2 umat Islam dibunuh oleh kafir2 dap,dan lagi sampai sekarang 'kafir2 zimmi' yang membunuh umat Islam ini tidak pernah meminta maaf atas kerosakan yang mereka telah lakukan.
Aku,keluarga dan ramai lagi sahabat2 aku tidak lagi menyokong pas atas dasar tidak mahu bersekongkol dengan kafir2 harbi dan puak2 liberalis inilah.
Dap cetuskan 13 mei, pelik? tengok balik sejarah la bro
ReplyDeleteApa nak pelik.. Sejarah negara pon boleh diputarbelit, ini kan pulak peristiwa 13mei.. Umno mudah lupa..
ReplyDelete