Ni apa cerita ni khalid buat malu je, aphal lambat sangat bertindak kalau cerita ni benar, tapi kalu cerita ni salah mana statment lu, lembab betul la, benda macam ni pun nak satlekan lambat sangat. tido ke apa orang pakatan, tak pasal2 jadi buah mulut, umno suka macam ni, bersorak gumbira diorang dengan kesusahan orang lain. wooooooiiiii bangun jangan tido je.
Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.
"Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir.
"Penuntut tahun satu dan penuntut baru telah mendapat kunci dan boleh tinggal di asrama masing-masing kerana mereka telah mendaftar awal iaitu pada seminggu yang lepas...pada waktu itu pejabat operasi asrama masih lagi dibuka," katanya.
Beliau berkata, bagi menangani masalah itu pihak MPP dengan kerjasama Badan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar telah menyediakan asrama sementara bagi membantu penuntut yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Dua beradik Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, menyifatkan masalah itu sebagai satu beban kepada penuntut.
"Saya dan adik datang dari kampung untuk menyambung pengajian di sini dan apabila perkara ini berlaku, kami kecewa... pagi tadi apabila sampai dari kampung kami diberitahu oleh pihak (pengurusan) kolej tidak boleh masuk ke asrama sebab tidak ada kunci... itu sahaja alasan yang diberikan," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Saya rasa ini berkaitan dengan UMNO/BN. Dari pengetahuna saya, asrama dan kediaman penuntut UNISEL telah di pajak oleh puak2 Khir Toyo sebelom ini selama 30 tahun kepada kroni mereka ia itu Ho Hup.
ReplyDeleteCuba selidik balik apa makna B.O.T. Contract untuk kediaman dan asrama UNISEL.
Kontraktor yang bina Unisel dulu ialah syarikat Lebar Daun juga kroni Khir Toyo, Project Management utk projek UNISEL pon kroni UMNO/BN iaitu UEM, dan Arkitek nya jugak pon sama... sampai tuan punya syarikat arkitek tuh dapat pangkat Datuk tuh.
Lepas tuh bangunan makmal sebelah tali air tepi Unisel tuh adalah kawasan tanah mendap, dah secara logiknya memang tak selamat walaupon telah di tanam beratus batang cerucuk sekali pon kerana tanah tuh dipanggil "SLIME"
Semua catatan nih datang dari seorang jurutera yang pernah terlibat sama dalam pembinaan Unisel dulu2.
semua kes2 & masalah tinggalan pentadbiran dulu masih banyak...
ReplyDeleteitu jugak la yg mereka spin cerita bila PKR takeover...