En3 ni gua pernah keluarkan dahulu, gua edit sikit kerana gua yakin melayu perlu pencerahan:
Inikah dikatakan Melayu
Atau ini Melayu
Gua tertarik untuk membicarakan tentang ini, persoalan tentang melayu mundur, melayu malas ni bukan perkara baru, dah beratus tahun berlaku, apa yang berlaku ni dah menjadi sebahagian dari diri melayu, identiti melayu, berakar berumbi dan bernanah dalam diri melayu tu sendiri, kenapa kerana melayu amat sinoname dengan kebodohan, penakut, mudah terpedaya dan paling hebat melayu itu tidak punya identiti. Jadi ujudnya melayu sekarang ini umpama lalang ditiup kebarat ikut ketimur ikut.
Semua orang boleh dengan bangga mengaku melayu walau dari budaya bebeza, dari ras berbeza, dari rumpun berbeza, jadi campur aduk antara budya ni la yang ujudnya " melayu" sekarang. Gua bercerita tentang melayu jadi jangan ada yang meroyan tak tentu pasal kaitkan dengan agama pulak nanti.
Apa yang menjadi persoalan gua apa sebenarnya melayu?, orang yang dari tanah besar cina mudah mengaku melayu datang asal keturunannya. orang yang datang dari bumi india juga boleh sewenang2nya mengaku melayu, begitu juga dengan yang datang dari tanah arab. jadi mana atau apakah identiti melayu. budaya cedok dari ras atau keturunan yang datang ke tanah ini kemudiannya diangkat menjadi melayu. jadi mana letaknya melayu.
Gua tak payah bagi contoh lu orang sendiri boleh berfikir apa yang gua katakan ni. Jadi kalau dikatakan melayu itu mundur pemalas atau segala macam caci maki kepada siapa sebenarnya ditujukan semua ni.
Apa yang gua cuba pertahan kan selama ini bukan pada keturunan kerana gua percaya bahawa melayu itu buka satu mazhab yang mesti diimani untuka membentuk diri atau kerohanian. Kalau la kita asik bercerita tentang kekuatan ras atau kaum dan kemudian cuba mengangkat setinggi mana sekali pun sesuatu kaum pada gua la kita tak kan kemana, malah kita semakin rebah, tersungkur. Kerana apa? kerana kita akan hanya bergantung kepada satu tali yang sangat nipis yang bila2 masa sahaja boleh putus.
Ini sebenarnya yang berlaku sekarang bila kita angkat satu kaum untuk memimpin roh keinsafan terhadap tanggunjawab atau amanah selalu dikesampingkan kerana manusia yang diangkat menjadi pemimin ini sendiri tidak faham hakikat hidup dan seterusnya hanya menjadikan kepentingan diri samada INGIN KAYA ATAU SENANG sebagai perkara utama dalam kehidupan.
Lu orang boleh tak bagi satu contoh seorang pemimpin yang benar2 ingin berjuang untuk kepentingan umum dan mekesampingkan kehendak peribadi. Gua rasa lu sendiri susah nak bagi contoh, tapi kalau la gua minta pemimpin yang gua sebutkan sebelumnya gua ingat petik jari je lu semua boleh jawab.
Kenapa gua asik menyerang pemimpin? jawapan senang sahaja kita ambil skop kecil dulu, dalam rumah lu dianggap pemimpin, lu punya kekuatan kewangan, lu punya kuasa veto sebagai pemutus, lu punya kekuatan untuk menghukum. Adakah lu rela membelanjakan duit untuk diri lu sendiri kemudian membiarkan anak2 lu diberi makan sekadarnya. Atau lu rela membelanjakan duit untuk bermewah2 membina gedung atau istana tanpa melihat mana lagi keperluan lain yang sepatutnya lu belanjakan.
Atau lu rela membiarkan anak tanpa pimpinan merayap sendiri mencari kehidupan, mencari pengalaman, atau didikan keagamaan.
Gua boleh cerita lebih panjang tapi untuk apa kalau yang menerima nya akan cuba melihat dari sudut yang nagetif. Seterusnya mencari seribu satu macam alasan agar apa yang dilakukan kelihatan benar dan syok sendiri.
Cuma apa yang boleh gua katakan sekarang ni, kenapa kita tak jadikan agama sebagai paksi kepada segala macam persoalan, apakah kita tidak cukup yakin atau iman kita cukup rapuh untuk percaya bahawa Islam itu ada segalanya. Kenapa kita tak menjadi kemunduran Islam sebagai agenda yang maha lebih penting dari kemunduran Melayu.
Kekuatan apa yang ada pada diri melayu sekarang, hanya kekuatan memaki hamun, kekuatan beseronok, menabur fitnah, menghianat amanah dan merembat apa yang boleh dirembat
Kepada yang mengaku pejuang melayu, gua bagi lu satu soalan kenapa dah 54tahun Malaysia diperintah oleh orang melayu (katanya), kenapa melayu masih jadi rakyat kelas ke 2 di bumi Malaysia ni,?
Jangan putar belit fakta 10 terkaya di Malaysia berape kerat melayu, pendapatan perkapita melayu berape sekarang, tahap kroniknya penyakit sosial melayu dikedudukan mana, so hantukkan kepala masing2 beri jawapan yang cukup lojik dari persoalan gua ni
dah benjol hantuk kepala, aku masih tak faham kenapa aku jadi malas. agaknye sbb aku melayu.
ReplyDeletekerana puak-puak itulah rakyat menjadi semakin LAYU.
ReplyDelete