Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.
Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.
"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).
"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.
"Spin kita boleh, spin macamana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.
Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.
"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.
"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).
"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.
Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysiaturut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.
"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.
Tidak ada yang benar di dalam Utusan Malaysia melainkan fitnah, pembohongan dan penyebar maksiat. Kerana itu jangan membeli dan jangan juga membaca Utusan Malaysia. Sudah 20 tahun saya berhenti membeli dan membaca Utusan Malaysia. itulah sumbangan saya untuk menjahanamkan Utusan Melayu.
ReplyDeleteAku seumur hidup tak pernah beli lagi la paper jamban ni..
ReplyDeleteKih kih kih kih kih kih...k