Pages

Saturday, June 23

Sultan favourite gua

Assalamualaikum Bro,

Di sini saya attachkan sekeping gambar Tuanku Sultan Mohammad Ke-V Sultan Kelantan yang sanggup mencemar duli turun menjenguk rakyatnya. Mungkin ini tugas biasa bagi seorang sultan tapi apa yg saya kagum dengan beliau, cuba Bro perhatikan disebelah kanan Tuanku dan bandingkan pakaian pengiring tuanku dengan pengiringnya, MasyaAllah, betapa zuhudnya beliau dengan agama, dan apa yg menyentuh hati saya apabila melihat gambar ini, betapanya seorang sultan yg tidak mengira tempat atau suasana beliau sanggup melawat dan singgah duduk bersila dalam rumah yg boleh di kategrikan miskin sambil bertanya khabar tentang masalah yg dihadapi oleh rakyatnya.

Kat sini kita boleh tengok tak ada bunga manggar, tak ada payung kuning, tak ada kapet kuning tak ada kerusi ukir kayu jati, tak ada polis pengiring, tak ada bodyguard bercermin mata hitam.... Yang ada cuma periuk belanga berselerak, tilam anak yg dijadikan lapik duduk sultan, almari usang yang dah tercabut pintunya, dinding rumah yang tak bercat dan bertampal dgn kayu dan playwood dan yg paling sedih atap rumah yg dah tentu bocor kerana cahaya matahari boleh sampai betul2 ke arah peha tuanku sultan serta pengiring tuanku.

Bagi pendapat Bro, sultan mana kah yg pernah bro tengok atau ketahui selama ini boleh berbuat sedemikian rupa.

Tujuan saya mengirimkan gambar ini kerana saya selalu menjenguk blog Bro, dan saya nak kongsi gambar yg saya perolehi dari kawan saya. Untuk pengetahuan bro, saya bukan berada dimalaysia tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan berita dinegara kita terutamanya politik semasa.

Akhir kata selamat berjuang utk bro dan seluruh barisan pembangkang, jadikan Malaysia negara yg terbaik untuk anak2 dan utk generasi yg akan datang, InsyaAllah.

Wasalam.


Gua suka email ni, dan gua suka melihat gambar2 sultan kelantan, tak payah minta pendapat gua pun lu orang da tau isi hati gua dalam hal ni.

3 comments:

  1. Salam bro;

    Sultan seperti inilah yang patut dapat penghormatan dari Rakyat.

    Bukannya macam Sultan negeri lu bro.... itu jenis orang menyampah anak beranak, terutama sekali anak dia tu... hahahaha..., tapi paksa orang respek diorang...

    piiiraaaahhhh....!!!!

    ReplyDelete
  2. raja adil raja disembah....hormat la kan,,,,, raja zalim patut disumpah

    ReplyDelete
  3. Tak leh nak bandingkan Kelantan ngan Johor sebab budaya politiknya tak sama walaupun sesama welayu.

    ReplyDelete

SEBARANG KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENULIS KOMEN, GUA BERHARAP PENULIS KOMEN TOLONG LETAK NAMA, NAMA SAMARAN PUN TAK PE, SENANG GUA NAK REPLY