Pages

Monday, June 25

hikayat raja malayalam 2

Seperti gua janjikan dulu gua nak sangat sambung cerita hikayat raja malayalam, cerita dongeng ni takde kena mengena dengan yang masih ada oksigen atau yang dah putus oksigen bagi yang oksigen tinggal sikit seperti berahim katak dan mahafiraun cerita ni memang kena dengan lu orang, jadi kalau lu orang nak meroyan sampai habis oksigen pun, ada gua kisah.

Di sebut cerita maka, si raja pun telah mengunakan plat yang dibayar untuk kereta kudanya itu dan dipasang kepada kereta kuda hasil buatan pak ton walau nampak canggih tapi kereta pak ton tu agak murah la juga bagi raja, kalau bagi rakyat biasa harga kereta tu boleh di guna untuk makan sampai 10 tahun, cuma yang masih menjadi tandatanya betul ke kereta kuda itu dibeli dari pak ton atau hadiah dari pak ton atau hadiah dari saudagar yang memangnya suke mengimpit sang raja. Apa pun tidak dikisahkan dalam dalam cerita dongeng ni.

maka, dalam pada itu seorang rakyat dalam negara malayalam telah secara sinis telah menghantar burung twit2 untuk menegur keborosan raja, tapi entah macam mana burung twit ni telah dapat ditangkap oleh balaci-balaci raja dan dipersembahkan kepada raja, mak datuk bukan main murka sang raja dengan perkhabaran yang diterima ditambah pula hasil curahan minyak sang pengampu bertambah murka la raja, raja yang memang terkenal kaki panas hati ni apa lagi melenting sakan memaki hamun dan memarahi kelancangan rakyat tersebut. Dan terus menghantar beribu-ribu burung twit untuk menyebarkan berita tentang kemurkaannya. Budak kacamata yang walaupun tidak bersalah telah memohon maaf kepada raja tetapi nampaknya kemurkaan raja belum reda.

Anak raja yang tidak puas hati juga telah menghantar twit beliau sendiri mengutuk sekras-kerasnya budak kacamata, dan yang terakhir memberi amaran jika rakyat susah jangan cari raja, semasa menghantar burung twit ni anak raja diserang amnesia terlupa selama ni pun raja tak pernah bantu rakyatnya.

Dalam masa yang sama balaci-balaci dan sekelian pengampu telah menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap budak kacamata, dan berbodong-bondong mengadu kepada laksa mana geeer woohp, dan dengan sepantas kilat laksa mana geeer woohp melakukan siasatan.

Balaci-balaci dan pengampu yang juga telah diserang penyakit amnesia terlupa yang selama ni diorang telah melakukan penderhakaan besar terhadap raja, tapi almaklum lah dengan kepetahan dan kepandai putar belit diorang ni raja dengan mudah melupakan penderhakaan yang dilakukan diorang selama ini walaupun telah meletak kan martabat kedudukan raja dibawah tapak kaki diorang.

Hasil kesepakatan balaci dan pengampu ini satu rapat umum telah dibuat untuk menutup aib yang mereka leparkan pada raja dan seterusnya menuduh budak kacamata sebagai penderhaka. Raja walaupun dikatakan bijak tetapi dengan mudah diperdaya dek ayat-ayat gula balaci dan pengampu senhingga menitis kan air mata buayanya terharu terhadap sokongan pura-pura segelintir kecil kaki ampu.

 Maka kecoh la seantero malayalam akan sokongan yang diperolehi raja. Raja dengah gah nya merasa masih berkuasa dan keegoan tinggi memandu kesana kemari dengan kereta kuda barunya, rakyat yang melihat pula hanya mampu menelan air liur dan tidak kurang juga yang menjuirkan bibir tanda menyampah melihat kelakuan raja.

Rakyat yang masih takut dan seram sejuk terhadap kuasa raja hanya mampu menunjukan kejengkalannya didalam hati.

Rakyat masih lagi seperti biasa kais pagi makan pagi kais petang makan petang bagi yang dah teruk kais-kais pun tak dapat makan, rakyat masih ditindas sedangkan raja , balaci dan pengampu ketawa besar diatas kejayaan agenda masing2 dan berjaya terus memperbodohkan sebahagian besar rakyat. sedih dan pilu wa cakap lu.

*Ok la cukup dulu cerita ini untuk kali ini dan gua akan sambung semula di entry yang mendatang moga anda semua terhibur dan kalau yang mempunyi hati akan berasa sedih dengan cerita ini.

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. gua mohon kerjasama kepada yang beri komen harap guna la nama samaran pun tak pe, satu lagi untuk anon yang bagi komen tadi gua minta maaf terpaksa delet komen, lucah bro, kalau marah sangat pun minta tolong cerita dalam kain jgn keluarkan bro

    ReplyDelete
  3. Negara Malayalam dulunya ada sorang Raja, tapi setelah di serang lanun... Raja yang asal telah melarikan diri... sebab Kepala lanun dah isytiharkan dirinya sebagai Raja...

    Betul ke... citer tu bro..., gua baca buku Muhungmahawangsaja dalam perpustakaan itu hari...

    ReplyDelete
  4. menarik tertarik ..lu memang debommm...bro

    ReplyDelete
  5. bro isa memang begitu la asal usul ceritanya,

    ReplyDelete

SEBARANG KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENULIS KOMEN, GUA BERHARAP PENULIS KOMEN TOLONG LETAK NAMA, NAMA SAMARAN PUN TAK PE, SENANG GUA NAK REPLY