Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Tuesday, January 24

Melayu bangang

Terlebih dahulu gua nak ucapkan happy new year kepada rakan yang menyambut hari tersebut.

Hari ni gua satu badan hangin melihat gelagat anak muda yang mengaku melayu, orang sibuk nak merayakan tahun baru diorang pun sibuk juga, sibuk raikan tahun baru masihi kutu2 ni pun tumpang sekaki. Yang gua hanin tu bukan sebab tengok diorang meraikan tahun baru cina tapi yang gua tak boleh bla tu bila bukan main lagi kutu2 ni buat jalan macam mak bapak diorang je. bedezup sana sini, merempit macam orang gila todi.

Gua tahu la lu orang nak hapy2 tapi kalau ada yang mampus kat atas jalan siapa yang susah...... yang gua tak leh tahan tu bukan anak2 cina yang merempit tapi anak2 melayu bingai mana tah yang begitu seronok tak hingat dunia. berlagak macam nak sangat masuk kubur cepat. Ni lah spesis nak kata binatang tak juga, ada rupa manusia tapi bodohnya tahap binatang. senang cerita Melayu bangang la.

Gua beranggapan bila sibodoh ni semua tahu mengucap bahawa kutu2 ni mesti la orang Islam, ntah salah mana didikannya boleh jadi begitu bangang dan bodoh terlampau, gua pun tak tahu la.

Dalam masa yang sama gua bertambah hairan juga, kenapa la anak melayu yang kononnya beragama islam ni sering sangat menjadi juara kepada idea2 binatang ni. lu perhatikan la juara dadah jatuh kat orang melayu, juara hiv pun melayu. juara sumbang muhram Melayu, juara buang anak Melayu, juara perogol melayu. juara bohsia kalu orang panggil sekarang cikaro pun Melayu. Apa masalahnya ni beb.? Lu orang ada idea ke macam mana kutu2 melayu ni sering jadi juara.

Nak salah kan kerajaan macam tak patut, memang la, selama ni dasar kerajaaan memang menjerumus kearah buat maksiat, ambil contoh, sambut tahun baru je berhabis tah berapa puluh ribu buat konsert, main bunga api, dan bermacam lagi la sambutan penuh maksiat. tu belum kena hari raya lagi penuh dengan hiburan, kat TV kat rumah terbuka dan macam2 lagi la. tu baru dua sambutan gua bagi contoh belum yang lain tapi tak patut pula salahkan kerajan, lembaga penapis filem pulak sekarang bukan main ringan je buat tapisan, pelakon dedah body hampir bogel pun boleh lepas, adegan ranjang cuma belum sampai tahap xxx pun boleh lepas. Tapi kerajaan tak salah beb arus kemodenan katakan.

Bini pemimpin laga pipi laga hidung, laga mulut pun tak dikira mendidik beb, tak de class la beb kalau tak ikut barat. jadi tak salah la tu.

Gua nak salah kan ahli agama, mufti, usataz atau ustazah tak boleh juga, diorang mana boleh tegur lebih2 beb, alamat tak boleh jadi kaya la beb. Nak cari makan punya pasal takan nak duk marah atau tegur keras2 nak macam mana nak jual ilmu orang menyampah. alamat tak berasap dapur beb, tak merasa la pakai keta bmw ke merc ke, takan la nak pakai kancil je. jadi diorang ni tak salah la beb. sebab agama tu pada pandangan diorang boleh dijual beli beb, agaknya la, gua bukan tau sangat.

Mak bapak pun tak salah beb, tegur anak nanti bila tua kena hatar kat pusat jagaan, masa muda semua sibuk nak kumpul harta, anak2 pandai2 la nak hidup, bagi makan bagi sikit kemewahan ok la tu. Mak bapak sibuk beb kejar dunia, mana boleh tahan tengok orang lain senang, pemimpin hidup senang lenang, orang lain pun sama sibuk kejar harta diorang mana boleh tertinggal beb. Mak bapak sekarang buka macam dulu beb, bukan main bangga lagi kalau anak kecik2 dah boleh jadi artis mana tahu boleh tumpang tuiii, halal haram belakang sikit beb. Tu pun tak salah beb. zaman materialistik beb, semua berkehhendakan duit.

Apa nak takut anak terlajak, bunting, beranak je ada bank bayi, ada pusat, ada asrama, maruah sekarang ni dah tak siapa pandang beb, yang penting duit2222.

Jadi tu yang gua duk binggung ni beb, apa sebabnya anak melayu boleh jadi juara, lu orang bagi cerita pada gua beb.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP