Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Monday, December 26

tanga ghaib 3

Berdasarkan soalan yang diberikan di dalam Part III, antara soalan yang sangat menarik perhatian
adalah benarkah Isa Samad begitu berkuasa ke atas Najib dan kenapa musuh politik Isa Samad
seperti KJ tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad di atas huru-hara dalam Felda?
Jawapannya adalah DALANG UTAMA penyenaraian Felda Global adalah Ethos Consulting, juga
dalang yang menyebabkan kerugian beratus juta ringgit wang Felda di dalam pelaburan Felda luar
negara.DSAI pernah menyebut soal bayaran Felda Global untuk perkhidmatan Ethos sedangkan
pelaburan Felda luar Negara kerugian.Siapakah peneraju Ethos Consulting? Ingat nama ini baik-baik,
Omar Mustapha Ong dan Rohana Mahmood.

Siapa Omar Mustapha Ong (OMO)? Nama ini muncul dimana-mana juga GLC Kerajaan yang
mempunyai potensi disedut wang keluar.Ethos terlibat dalam keruntuhan PROTON, krisis MAS dan
pertukaran saham dengan Air Asia, krisis Malaysia Airport Berhad, pinjaman keluar wang EPF bernilai
berbilion ringgit untuk hedge fund dan yang paling melonjakkan nama OMO adalah kejayaan OMO
menyingkirkan keluar Tan Sri Hassan Merican daripada Petronas. Mereka yang mengikuti rapat
skrip pergolakan di Petronas, akan mengakui bahawa apa dilalui pengurusan dan kakitangan Felda
adalah sama dengan apa dilalui oleh Petronas tidak lama dahulu. Jangan terkejut bahawa blogger
sama yang menentang perlantikan OMO oleh Najib di dalam Petronas adalah blogger sama yang
menyokong usaha OMO hari ini. Kenapakah apabila gerombolan anjing besar, rocky bru dan ABIW
menentang perlantikan OMO dalam Petronas tidak lama dahulu, mereka tidak menganggap diri
mereka sebagai pengkhianat kepada Perdana Menteri. Mungkin Jawapannya mereka ini sanggup
menjilat kembali ludah mereka demi sejumlah wang yang amat besar dan pink form Felda Global.

Menariknya, antara artikel paling baik menyatakan keburukan pengaruh Ethos ini adalah dari
blogger ABIW. (Lihat http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/nausea-of-reading-edge-
on-ethoss-rohana.html,
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/if-pak-lah-is-leaving-
why-is-level-four.html , sertahubung kait OMO dan KJ di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/
2008/10/if-pak-lah-is-leaving-why-is-level-four.html) . Di sini terjawabnya persoalan kenapa KJ
tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad dalam isu penyenaraian Felda Global. Semua tahu
bahawa KJ dan Pak Lah yang merestui tindakan terhadap penggantungan Isa Samad dalam UMNO
dan apabila Isa membuat comeback di sisi Najib, KJ berasa terancam. KJ juga berdendam dengan
blogger gerombolan Isa iaitu bigdog, rockybru dan ABIW yang telah membelasah budak-budaknya
di dalam BOD J-Corp. Apabila OMO dan Rohana Mahmood diketahui di belakang Felda Global, KJ
bukan sahaja mendiamkan diri, malah mengarahkan budaknya, Anuar Manap, Ketua Pemuda UMNO
Sekijang yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) untuk memberikan sokongan penuh
kepada usaha penyenaraian Felda Global.

Persoalan yang bermain di dalam kepala ramai orang adalah kenapa Isa Samad dilantik sebagai
Pengerusi Felda?Perlantikan Isa Samad bukan sahaja dikecam Pakatan malah dikecam oleh
CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul dan pakar ekonomi negara, Allahyarham Datuk Zainal
Aznam.Kenapa Tengku Zafrul meminta maaf kepada Isa Samad kemudiannya, tetapi tidak
Allahyarham Datuk Zainal Azam yang lebih keras kritikannya?Jawapannya mudah, Tengku Zafrul
terlewat menyedari bahawa Isa Samad dipilih dan dicadangkan oleh Ethos Consulting membabitkan
OMO yang juga melibatkan kawan baik KJ.Dalam kemeriahan gerombolan anjing besar membelasah
Zafrul, ABIW telah menerbitkan satu artikel menghentam Zafrul yang sangat baik.Lihat betul-
betul artikel ABIW ini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/tengku-zafrul-maybanks-

wrong-signal-to.html. Cuba perhatikan ayat Haji ABIW yang dalam menghentam Zafrul, telah
menuduh Zafrul semasa di Avenue Asset telah bersekongkol dengan Dato Seri Jamaluddin
Jarjis yang pada masa itu adalah Menteri Kewangan Kedua dan ibu Zafrul, Raja Zaharaton pada
masa itu KP EPU untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad. Haji ABIW juga mendesak MACC
menyiasat balik perkara ini.Seterusnya Haji ABIW mendakwa Zafrul berniat jahat sebelum ini
kerana berniat mengecilkan pegangan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holding
untuk dibahagikan kepada tikus dan binatang. Haji ABIW juga mengatakan KJ juga terlibat
dalam proses ini. Seterusnya, Haji ABIW terus memburukkan usaha penyenaraian sebelum ini
dengan mendakwa terdapat pakatan jahat supaya Felda Holding membeli aset luar negara yang
mahal sebagai justifikasi mendapatkan modal dari penyenaraian.Haji ABIW juga menyatakan
bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa pelik dengan perkara ini dan mereka
berpendapat Felda kaya dengan tunai dan tidak perlu wang tambahan. Artikel ini diterbitkan oleh
Haji ABIW di bawah tajuk “Tengku Zafrul, Maybank’s Wrong Signal To The Market” pada 13 Februari
2011. Haji ABIW pada masa itu tidak mengetahui langsung bahawa segala kutukan di dalam artikel
tersebut adalah PERANCANGAN UTAMA Ethos Consulting yang membawa masuk Isa Samad yang
dinilai mempunyai kualiti kesetiaan, bermuka tebal, berciri kekampungan bagi menarik perhatian
peneroka di kampung Felda dan punya ramai pengikut ekstrimis melayu. Isa Samad juga didapati
cepat menyesuaikan diri dan boleh berkeras apabila perlu untuk melaksanakan sesuatu misi.Isa
Samad dan pengikutnya hanyalah BONEKA Ethos Consulting di hadapan segala usaha penyenaraian
Felda Global.

Kembali kepada artikel Haji ABIW di atas. Jelas, jika artikel Haji ABIW dikeluarkan pada saat ini, pasti
Haji ABIW akan berkerat arang dengan gerombolan anjing besar dan Rocky Bru yang menyokong
kuat Isa Samad dan usaha Ethos Consulting ini. Gerombolan Anjing Besar telah mendapat upah
sangat lumayan dari Ethos Consulting melalui Isa Samad untuk menerajui promosi penyenaraian
Felda Global yang kini telah berubah menjadi kempen menyerang peribadi kakitangan kerajaan dan
ketua peneroka Felda. Jom kita lihat penerangan dari anjing besar yang mendapat akses penuh
kepada maklumat penyenaraian Felda Global daripada Ethos Consulting dan Felda Global Venture.
Kita lihat artikel anjing besar bertarikh 25 November 2011 bertajuk “FGVH Listing On Track,
Investment Abroad Geared For Winnings”. Pada Para 7, anjing besar menyatakan untuk
penyenaraian Felda Global, PM Najib mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memiliki 35%
daripada saham FGVH, hasil daripada “share swap”, “business razionalization” dan “unlocking
assets”. Ini patut disyukuri kerana sebagai pemegang saham 51% dalam FHB, Koperasi Permodalan
Felda cuma layak memiliki sekitar 22.5% - 25% sahaja dalam saham FGVH selepas penyenaraian.
Ayat yang bertujuan mengelirukan dan memperbodohkan Felda ini diberikan oleh Ethos Consulting
dan APCO (jangan lupa, OMO dan Ethos yang memperkenalkan APCO untuk digunakan Kerajaan
Malaysia).Anjing Besar hanya bertugas menampal ayat-ayat ini di blognya sahaja. Tanpa membaca
ayat dan terma Public Relation Caca Marba tersebut, kita mengetahui bahawa KPF akan menukarkan
pegangan 51% dalam FHB kepada maksimum 35% dalam FGVH dan diminta bersyukur kerananya.
Inilah yang akan berlaku SELEPAS PENYENARAIAN. Terdapat satu lagi struktur PRA-PENYENARAIAN di
mana menampakkan KPF memegang 61% daripada saham FGVH tetapi sewajarnya peneroka
berpegang kepada struktur selepas penyenaraian iaitu KPF cuma memegang sebanyak 35% sahaja.
Disini dicabar Haji ABIW yang baru sahaja selesai menunaikan Haji menyatakan pendirian beliau
apabila melihat kepentingan Koperasi Permodalan Felda dikurangkan daripada 51% di dalam Felda
Holdings Berhad kepada 35% di dalam Felda Global Venture (sebuah syarikat pasti rugi jika tidak

memiliki 49% dalam Felda Holding sekarang) yang bakal menelan 100% Felda Holdings Berhad
selepas penyenaraian. Siapa bakal menguasai baki 65% di dalam Felda Global Ventures yang telah
menelan 100% Felda Holdings yang sangat menguntungkan itu?Bak kata Haji ABIW, tikus dan
binatang barangkali. Pengurangan pemilikan saham KPF daripada 51% di dalam Felda Holdings
kepada 35% ini boleh didapati lagi buktinya di dalam beberapa posting anjing besar pada awal
postingnya yang penuh berwarna warni dengan tampalan slaid diberikan oleh Ethos dan Felda
Global di mana slaid yang sama digunakan oleh Sabri Ahmad untuk memberikan penerangan di sana
sini. Sabri Ahmad sendiri adalah bukti bahawa pentadbiran selepas penyenaraian juga terdedah
kepada ketidaktelusan dan kerugian lebih besar sepertimana kontroversi Sabri Ahmad
mengakibatkan kerugian Golden Hope Plantation, sebuah syarikat perladangan yang telah
disenaraikan sebanyak RM120 juta.

Haji ABIW juga sebelum ini menuduh Zafrul terlibat mereka keperluan Felda Holdings Berhad
membeli aset luar negara yang mahal demi justifikasi untuk penyenaraian. Ya Haji ABIW, saksikan
sendiri kejahatan Ethos Consulting melalui Isa Samad dan Sabri Ahmad yang melakukan perkara yang
dituduh ente terhadap Zafrul . Lihat pengumuman tawaran pembelian aset luar negara disini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm .

Malah, Ethos dan APCO juga telah membocorkan cerita rekaan kepada media baru-baru ini bahawa
Felda berminat membeli KFC dan QSR Brands dari J-Corp demi mendapatkan lebih justifikasi bahawa
pengumpulan modal daripada penyenaraian Felda Global sangat diperlukan.

Akhir sekali, Haji ABIW menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa
pelik dengan usaha penyenaraian kerana mereka berpendapat Felda kaya tunai dan tidak perlu
tambahan.Apa sudah jadi Haji ABIW? Tiba-tiba Felda miskin tunaikah atau tiba-tiba pengurusan dan
kakitangan Felda Holding kini berkehendak penyenaraian atau apa sekarang yang membuatkan Haji
ABIW beria-ia menyokong gerombolan anjing besar yang mendapat upah lumayan daripada Ethos
melalui Isa Samad bagi mendokong usaha penyenaraian ini. Sebagai seorang blogger yang kritis
dan dihormati, pendirian jujur ABIW berkenaan perkara ini yang bertentangan dengan apa yang
ditulis dahulu amat dinantikan para peminat ABIW. Semoga hanya Allah sahaja tempat Haji ABIW
bergantung harap dan bukannya kepada para makhluknya.

Pendedahan lebih ramai lagi tangan ghaib di belakang penyenaraian Felda Global selepas ini.Dijamin
kecut perut kepada mereka yang berhajat menentang usaha Ethos ini. Diseru sementara itu, rakyat
Felda yang kental untuk hadir ke program seniman rakyat di Felda Sungai Tengi pada 23 Disember
2011. Perwakilan KPF juga diseru menggunakan sebaiknya undi pada 5 Januari 2011 ini untuk
melingkupkan usaha jahat Ethos Consulting daripada berjaya melingkupkan Felda sepertimana
mereka telah berjaya melingkupkan Proton, MAS, Air Asia, Malaysia Airport Berhad, NCER, Petronas
dan banyak lagi. Milo Suam satu!

1 comments:

rakab,  December 25, 2011 at 7:29 PM  

Milo panas satu..!!

MiLo SuaM, aku tak naklah,..jijik !

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP