Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, November 23

Muhyidin rupanya suka Bulan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.
Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz adalah satu daripada usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.
Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam

Besar punya pancing tengok ikan apa yang akan makan umpan umprono. Gua yakin seperti biasa akan ada kutu2 yang dengan rela hati menyentap umpan umprono ni, dan selepas tu, akan jadi balaci, atau dipermainkan semula, pada gua la umprono ni satu je tektik apa dia buat pasti ada udang disebalik batu. macam kutu kapatalis modal sikit untung besar, begitu la umprono. bagi gula2 sikit pastu rembat gila babi banyak.

Kenapa pulak tiba2 umprono boleh jadi macam ahli sufi je, bagi duit, janji nak hapus Isa, sekarang nak buat rang undang2 perhimpunan aman, sebelum ni guru kena bekerja 9 jam pun cepat2 batal, bulan depan lak nak bagi duit lagi kepada golongan kurang berkemampuan, cukai perkhidmatan prabayar pun cepat2 batal. Gua tengok semua ni pelik, dari sebangsat2 parti kaki pulun duit rakyat tetiba jadi parti yang kononnya dah bertaubat, tektik biasa yang digunakan untuk melembukan rakyat bila dekat pilihanraya.

Tadi pagi masa gua tengah drive nak tengok projek, gua layan sinar fm. alamak tetiba je gua dengar suara macam biasa gua dengar, Tpm beb masuk radio, membebel pasal duit rm100 duit rakyat yang diagihkan kembali kepada rakyat. gua dengar tak lama dekat nak Tpm bla, gua dengar dia peminat lagu widuri nyanyian bob tutipoli. bila gua fikir balik kenapa dia suka lagu ni, gua baru faham rupanya mamat ni suka kat PAS cuma tak cakap je. tak caya lu hayati lirik lagu tu, dalam coruse je,:

Widuri elok bagai Rem BULAN oh sayang.......  kah kah kah kah

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP