Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Wednesday, August 24

mahfuz jangan main2

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membidas tindakan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar yang cuba mempolitikkan isu kenaikan harga barangan kawalan.
Ismail Sabri juga menganggap pemimpin pembangkang itu tidak mengikuti perkembangan semasa dunia kerana mendakwa kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi negara.
"Kalau ikut cakap dia (Mahfuz) seluruh dunia lah gagal macam tu, sebab seluruh dunia ketika ini mengalami kenaikan harga barang... ia satu fenomena global. Cuba suruh dia sebut negara mana yang turun harga barang,” katanya pada sidang media, di sini.
Beliau mengulas kenyataan Mahfuz semalam yang mendakwa kenaikan harga barang kawalan sejak kebelakangan ini berpunca daripada kegagalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara oleh kerajaan BN.
Ismail Sabri berkata, kerajaan pusat juga tidak pernah menghalang kerajaan negeri pimpinan pakatan
pembangkang untuk menurunkan harga barangan di negeri masing-masing jika benar dakwaan Mahfuz bahawa BN punca kenaikan harga barang. - Bernama

agakny ini la yang dikatakan harga kangkung, belacan, tempoyak, budu, tempeh,tahu togeh, bil air, kuih lompat tikam, cucur badak atau badak berendam disebabkan fenomena global.

0 comments:

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP