Powered by Blogger.
ISTIQOMAH

SILA EMAIL KE GUA JIKA INGIN BERKONSI PENDAPAT ATAU APA SAHAJA

BUNTATJ@GMAIL.COM

BLOGER-BLOGER YANG NAK LINK KE BLOG NI AMAT DIALU-ALUKAN DAN GUA MOHON LINKKAN BLOG INI KE BLOG TUAN2 DAN PUAN2, SILA MAKLUMKAN GUA MELALUI EMAIL ATAU DI RUANG KOMEN

Wasiat Saidina Ali...

1. Dosa yang paling besar ialah takut.
2. Bahaya yang paling besar ialah putus asa.
3. Berani yang paling besar ialah sabar.
4. Hadiah yang paling Besar ialah kesempatan.
5. Modal yang paling besar ialah "PERCAYA PADA DIRI SENDIRI"

Firman Allah:


وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60)


Followers

Sunday, November 18

kenali iblis yahudi laknatullah


PENGENALAN
Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah. Pada tahun 1516,  Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang
telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab. Pada zaman Sultan Sulaiman alQanuni (1538-1539), kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis telah diperbaiki.

 Palestin di bahagian selatan berada di bawah pentadbiran wilayah Sham dan berpusat di Damsyik, manakala bahagian utara Palestin pula ditadbir oleh wilayah Lubnan yang berpusat di Akka. Palestin kelihatannya kekal di bawah Empayar Uthmaniyyah selama 4 abad. Pentadbiran Palestin di bawah kerajaan Uthmaniyyah berakhir sebaik sahaja Inggeris berjaya menjajah wilayah ini.  Ketika ia berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah, Baitulmaqdis dan Palestin merupakan wilayah terbuka yang boleh dilawati oleh golongan Kristian dan Yahudi untuk mereka melakukan ibadah ditempat yang dianggap suci oleh 3 agama samawi.

Golongan Kristian dan Yahudi bebas untuk melakukan ibadah termasuk ibadah utama mereka yang sering disebut sebagai ‘pilgrim’. Ia berbeza dengan Islam di mana ‘pilgrim’ bagi Muslim ialah ke Mekah bagi melakukan haji. Namun ada juga yang menggunakan perkataan ‘pilgrim’ untuk merujuk kepada umrah. Ini adalah masalah istilah yang digunakan oleh Eropah tetapi ingin diumumkan istilah itu kepada masyarakat Islam sehingga ada yang menulis bahawa ketika golongan Syiah menyambut Muharram dan kematian Saidina Husien, ia digambarkan sebagai ‘pilgrim’. Jika dilihat dalam hal ini, ‘pilgrim’ bagi Muslim seharusnya merujuk kepada ibadah haji di Mekah, bukan mana-mana sambutan juga perayaan ditempat lain.     Bagi Palestin, ia telah menjadi tempat yang menjadi tumpuan bagi Yahudi, Kristian dan Islam. Golongan Muslim melihatnya sebagai tanah yang diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana yang  ditunjuk oleh para anbiya’ terdahulu.

Namun begitu, setelah Palestin menjadi wilayah yang dijajah pada awal abad ke-20, situasinya telahbertukar. Jika dahulu ia bersifat inklusif dengan menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut, tetapi ia menjadi wilayah yang tidak lagi bebas dan tidak terbuka terutama kepada umat Islam.

PERGERAKAN ZIONIS MELOBI MENDAPATKAN NEGARA
Golongan Yahudi sebenarnya banyak ditindas di Barat terutama di wilayah Eropah Timur. Bagi membela nasib golongan ini, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai  presiden yang pertama. Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Idea ini sebelumnya telah diterbitkan dalam bentuk buku yang ditulis oleh Herzl, iaitu ‘Der Judenstaat’ atau The State of Israel. Golongan Yahudi melakukan lobi terhadap kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Britain untuk mendapatkan sokongan dan simpati. Beberapa strategi digunakan dengan mendekati pembuat dasar di Britain. Pemimpin zionis di Britain iaitu Wheizmann Baitul Maqdis : Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel melakukan usaha melobi dengan kuat bagi mendapatkan simpati untuk
menubuhkan negara Israel di Palestin.

Beberapa strategi yang digunakan  telah menimbulkan simpati serta persetujuan House of Common diBritain. Rentetan dari itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain telah dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada Nov 1917. Ia telah dibincangkan dengan mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang (War Cabinet) di London. Oleh sebab itu, ada dua
peristiwa besar yang selalu disebut berlaku pada tarikh tersebut iaitu persetujuan terhadap teks Deklarasi Balfour dan serangan tentera British bagi menawan Palestin.

Penulis melihat bahawa kelemahan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang memerintah Palestin di antara tahun 1516-1917 turut memudahkan laluan untuk kejayaan projek Yahudi-Zionis di Palestin. Kuasa Barat
mengambil peluang ini membahagi-bahagikan tanah Palestin sesama mereka. Sewaktu Persidangan London 1905-1907, idea  pembentukan ‘Negara Kawalan’  (Buffer State) di kawasan Palestin telah ditimbulkan.
Para hadirin  telah mencadangkan satu keputusan kepada pihak Perdana Menteri Britain Campbell Bannerman pada masa itu untuk membina institusi pemerintahan yang berbentuk kawalan manusia yang kuat di sebelah Timur Laut Mediteranean yang bermusuhan dengan orang Islam tetapi merupakan rakan Kuasa Eropah serta kuat bergantung kepada mereka.

 Mereka berpandangan bahawa orang yang terbaik untuk melaksanakan perancangan kolonial ini ialah orang-orang Yahudi sendiri.  Motif utama perancangan Barat untuk membina idea Negara Kawalan (iaitu Palestin) di tengah-tengah dunia Islam adalah untuk memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dengan Afrika dan mungkin juga mereka ingin menjauhkan masyarakat Islam dengan Barat. Idea ini juga adalah usaha untuk mematahkan sebarang kemunculan tamadun Islam yang kuat di situ. Dengan  ini dunia Islam akan sentiasa sibuk dengan masalah permusuhan yang  panjang dan rumit. Rejim Zionis ini amat memerlukan sokongan kuasa Barat untuk menjamin survival mereka dan kuasa Barat juga memerlukan mereka untuk menjamin kelemahan dunia Islam, perpecahan dan penderitaan mereka. Oleh itu salah satu strategi yang harus dilakukan adalah mereka perlu menjalinkan hubungan kerjasama tanpa putus-putus.
 
PALESTIN DI BAWAH MANDAT BRITISH: BERMULANYA KEJATUHAN RASMI ABAD KE 20
Palestin secara rasmi jatuh ke tangan bukan Islam pada zaman moden ini apabila ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah tersebut. Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya menawan
Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau berjaya menawannya pada bulan Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British  menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada pemerintahan Turki-Uthmaniyyah.

 Secara rasmi, pada 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas daripada British menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah. Rentetan daripada penjajahan tersebut, bermulalah perpindahan secara  besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin  di bawah naungan British dari 1918-1947. Kesinambungan daripada pendudukan tersebut juga menyaksikan British telah menempatkan wakilnya di Palestin dan  menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

SEJARAH KELAHIRAN NEGARA ISRAEL
Semasa Perang Dunia, orang-orang Yahudi yang terlibat dalam perang mempunyai jumlah yang besar. Dalam situasi tersebut, sekitar 119,000 orang Yahudi berdaftar untuk perkhidmatan tentera dalam masa sebulan Perang Dunia Kedua berlaku. Pada akhir tahun 1942, sekitar 19,000 orang Yahudi Palestin - hampir 10 peratus daripada mereka perempuan - berada dalam perkhidmatan tentera dan aktif dengan  angkatan bersenjata Inggeris. Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan tentera yang menyertai operasi di Itali dan Afrika Utara. Unit Komando Khusus Yahudi berjuang di Libya dan Ethiopia, dan juga terlibat dalam penjajahan pasukan tentera Berikat di Syria dan Lubnan pada tahun 1941. Orang-orang Yahudi mengharapkan bahawa penyertaan setia mereka tidak akan dilupakan oleh Inggeris ketika perang berakhir. Ia merupakan masa yang tepat untuk kembali menilai masalah perpindahan Yahudi ke Palestin.

 
Oleh kerana situasi anti-Semitism atau anti Yahudi  muncul di Eropah sebelum Perang Dunia II, orang Yahudi percaya bahawa Palestin menawarkan tempat terbaik untuk mereka membina semula kehidupan
mereka dan imej bangsa yang rosak. Pada tahun 1945, ada arus besar masyarakat Yahudi di Poland dan Eropah Timur lain melarikan diri ke kem-kem pelarian di Barat. Situasi ini berlaku kerana setelah kembali ke
rumah mereka di Poland, orang-orang Yahudi mendapati keadaan yang runcing di mana anti-Semitisme telah merebak kepada rakyat Poland. Ini tidak terkecuali golongan Yahudi yang terpaksa lari dari cengkaman
anti-Semitisme yang membingungkan hidup mereka di era sebelum Perang Dunia I yang dikenali sebagai ‘pogroms’. Ramai dalam kalangan orang Yahudi, sebagai akibat dari antiSemitisme, menjadi pelarian atau  displaced person (DP) dan beberapa kongres telah dilaksanakan untuk mencari penyelesaian untuk golongan
ini. Beberapa orang Yahudi, setelah melihat keluarga mereka terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi, mereka menumpukan perhatian kepada membawa pelarian ini ke Palestin.

 Kemudian itu Yahudi Palestin, dengan keberanian dan semangat mereka untuk berjuang serta membela nasib kaum, berjaya menyokong serta menubuhkan negara Israel.Penubuhan Negara Israel tersebut mendapat sokongan penuh dari Amerika di mana Yahudi Amerika telah memainkan peranan penting dalam melobi kerajaan Amerika pada waktu tersebut. Ketika Harry Truman diangkat menjadi Presiden pada April 1945, beliau menjadi sasaran kuasa rayuan dan pelobi Zionis. Presiden Truman tidak pernah menyimpang dalam memberikan simpati terhadap aspirasi Zionis.
 
Pada tahun 1947, Jawatankuasa Khusus PBB terhadap Palestin (UNSCOP) menyarankan bahagian Barat Palestin harus  dibahagi menjadi tiga kategori: pertama, sebuah negara Yahudi, kedua, sebuah negara Arab dan ketiga, sebuah wilayah yang dikuasai atau diperintah oleh PBB (Corpus separatum) di sekitar bandar Baitulmaqdis. Pelan pembahagian (Partition Plan) ini diluluskan pada 29 November 1947 dengan terhasilnya Resolusi 181, Perhimpunan Agung PBB. Resolusi ini dikatakan lebih menguntungkan orang Yahudi berbanding dengan laporan Suruhanjaya Peel.

 Resolusi ini dikira sebagai 33 suara menyokong, 13 menentang, dan 10 dikira tidak hadir. Ini bererti adanya
sokongan dengan majoriti mudah untuk memisahkan tanah Palestin menjadi beberapa bahagian. Sekiranya  perwakilan  yang tidak hadir tersebut jika mereka muncul, ia tidak akan mengubah sokongan untuk
mewujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin.   Ramai daripada rakyat Palestin menentang rancangan  pemisahan ini, namun ia tidak berkesan. Oleh itu ada yang melihat bahawa rakyat Palestin berhak untuk mendapatkan kembali tanah tersebut kerana pada asalnya ia memang milik mereka. Inilah cara untuk memberikan  kefahaman kepada orang-orang Yahudi bahawa negara mereka adalah hasil daripencerobohan tanah rakyat Palestin.

 Seorang pengkaji, Galvin menyatakan bahawa sepuluh  tahun pertama kewujudan rejim Israel boleh dianggap sebagai sebuah tempoh perubahan demografi secara radikal dengan penambahan penduduk yahudi meningkat dengan cepat. Perubahan demografi dan peningkatan mendadak jumlah Yahudi di Palestin adalah hasil daripada dua faktor. Salah satunya adalah pelarian rakyat Palestin yang telah melarikan diri ke sempadan tanahair mereka seperti Jordan, Syria dan Mesir atau ada yang terpaksa melarikan diri dengan mencari tempat  berlindung di rumah perlindungan sementara. Ia menjadi bertambah  teruk kerana
usaha yang dilakukan oleh Israel dengan menduduki 94 peratus daripada harta yang ditinggalkan oleh orang Palestin yang melarikan diri. Mereka melarikan diri kerana dipaksa berbuat  demikian dan keperitan hidup. Harta-harta peninggalan mereka dirampas dan diedarkan kepada masyarakat Yahudi. Ada yang melihat bahawa ada usaha yang dilakukan oleh beberapa orang Palestin untuk mendapatkan semula harta mereka dalam bentuk hasil penuaian ke atas tanaman yang mereka tinggalkan sebelum ini atau membawa harta yang mereka tinggalkan ke rumah baru mereka.

Faktor kedua perubahan demografi secara drastik di Palestin adalah perpindahan orang Yahudi secara sukarela datang ke  Israel. Selama empat tahun pertama kewujudan Israel, sekitar tujuh ratus ribu
pendatang Yahudi telah tiba. Jumlah ini adalah dua  kali ganda penduduk Israel secara keseluruhan. Ada kelompok masyarakat Yahudi yang berpindah ke Israel kerana pujukan dan desakan oleh Zionis.
Mereka dijanjikan penempatan untuk keluarga dan mereka disogok dengan kepercayaan agama mereka terhadap tanah tersebut sebagai ‘tanah yang dijanjikan’. Ada juga yang datang ke Israel kerana mereka
dianiaya di negara-negara yang mereka tinggal sebelum ini.
         
Dalam menghadapi kelahiran negara Israel, perang psikologi serta ungkapan sinis sering dilemparkan terhadap masyarakat Arab yang tidak bersatu dan mempunyai pemimpin yang teruk dilakukan oleh pasukan Irgun. Pasukan ini merupakan kumpulan terroris yang terkenal dari kalangan Yahudi. Satu lagi pasukan mereka dikenali sebagai Haganah. Mereka merancang keganasan ke atas masyarakat Palestin. Pada tarikh 9 atau 10 April 1948 Irgun melakukan pembunuhan lebih dari 250 warga awam umat Islam Palestin di desa Deir Yassin. Pada tarikh 26 Mei, kumpulan Haganah pula melancarkan serangan dan mengusir semua penduduk di perkampungan yang didiami oleh suku Arab kelas menengah.

 Ini hanya dua contoh dari banyak keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Sesuatu yang tidak dapat diterima ialah keganasan itu dilakukan oleh pasukan zionis Yahudi ketika Palestin masih di bawah Mandat British, sebelum negara Israel diisytiharkan wujud. Dalam hal ini, Armstrong berpendapat bahawa
selama tempoh Palestin berada di bawah Mandat British, Zionis berjaya mencengkam serta menzahirkan kewujudan mereka di situ yang mana ia telah menyebabkan masyarakat Arab menjadi lemah dan akhirnya
membawa kepada kewujudan negara Israel.

   Pada 14 Mei 1948, Ben-Gurion mengadakan upacara di  Tel Aviv Museum untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Keganasan Israel terus memuncak ke atas masyarakat Palestin. Pada hari
berikutnya iaitu 15 Mei, selepas Inggeris secara rasmi keluar dari Palestin, kumpulan Irgun telah menyerang Jaffa.  Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih teruk, di mana ia telah menyebabkan tujuh
puluh ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.

 Apa yang menjadi dorongan semangat tambahan bagi Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika, Harry Truman memberikan sokongannya diikuti oleh negaranegara lain seperti Britain, Romania dan Uruguay. Ini adalah satu bentuk kemenangan bagi Israel kerana mendapat sokongan padu dari kuasa besar dunia. Dua hari selepas itu, beberapa negara  lain seperti SovietUnion, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi,sokongan dari Amerika terhadap kewujudan Israel adalah 31 Januari 1949. Tidak dapat tidak, pengisytiharan kewujudan Negara Israel telah masyarakat melukakan hati penduduk Palestin luka hati. Peristiwa itu sudah tentu merupakan pengesahan kepada lanskap baru sosio-politik Timur Tengah akan bermula.  Terdapat sarjana yang berpendapat bahawa kewujudan  Negara Israel tidak mempunyai sebarang dokongan dari aspek undang-undang. Malah ia tidak langsung mempunyai merit di bawah undang-undang antarabangsa. Dalam hal ini, Cattan berpendapat bahawa Israel tidak memenuhi syarat-syarat biasa bagi kewujudan sesebuah negara di bawah undang-undang antarabangsa, yang mana keperluan itu adalah: i. masyarakat (people), ii. sebuah wilayah yang mempunyai sempadan tersendiri (defined territory), dan iii. kerajaan (government). Cattan meneruskan pandangannya dengan pendapat bahawa sebahagian besar penduduk Yahudi pada waktu itu di Palestin bukan warganegara.

Golongan Yahudi adalah pendatang (immigrants) yang datang ke Palestin tetapi golongan pendatang ini telah menghalau penduduk asal dengan kekerasan dan keganasan.Sebarang bentuk perbincangan yang tidak menyokong keganasan Israel tidak bererti bahawa ia terlibat dalam anti-Semitism (anti-Yahudi). Pada hakikatnya, kewujudan istilah anti-Semitism digunakan untuk merujuk kepada layanan buruk dari negara-negara Eropah terhadap orang Yahudi yang tinggal di negara mereka seperti di Austria, German, Rusia dan lain-lain. Dalam hal ini, perlu juga difahami bahawa menentang pergerakan Zionis adalah subjek yang berbeza dari antiSemitism. Kedua-dua perkara ini berbeza antara satu sama lain.
                                                         

Al-Qaradawi jelas menyatakan bahawa bagi umat Islam, mereka tidak boleh memerangi orang-orang Yahudi sekarang hanya kerana mereka Yahudi. Tetapi ia berlainan dengan penentangan terhadap zionis,
iaitu kefahaman masyarakat Yahudi yang ekstrem untuk merampas tanah Palestin bagi mewujudkan Negara Israel. Jelas, penentangan terhadap zionis dan Israel adalah kerana mereka telah menduduki tanah
Palestin milik masyarakat Muslim dan Arab. Jadi, orang-orang Arab mempunyai hak mereka untuk menuntut kembali tanah tersebut. Namun ketidakadilan kuasa besar dunia terhadap mereka pada abad ini bererti mereka tidak mampu memperolehi kembali hak mereka. Bukan sekadar itu, mereka juga dinafikan hak untuk kembali ke Palestin sebagaimana yang dinikmati oleh orang Yahudi yang boleh ‘kembali’ ke negara Israel. Sikap tidak adil Yahudi serta keganasan yang dilakukan mereka inilah yang ditentang. Oleh kerana itu, Michael Prior melalui bukunya iaitu sebuah kajian mendalam tentang konflik antara PalestinIsrael,menyatakan bahawa seseorang itu boleh sahaja menjadi antiZionis terhadap perkara buruk yang dilakukan mereka, tetapi ini tidak bermakna bahawa dia seorang yang anti-Semitism.

 
 Secara ringkas, Israel berjaya menduduki Palestin  dan Barat Baitulmaqdis ketika perisytiharan negara tersebut pada 1948. Penguasaan Israel merangkumi 81.4% daripada seluruh keluasanBaitulmaqdis.Kawasan timur Baitulmaqdis yang juga  sering dikenali sebagai  East Jerusalem masih tidak dapat ditawan pada tahun tersebut. Namun demikian, mereka terus melebarkan pemilikan itu kepada 85% dengan membina penempatan  perumahan untuk kaum Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin, manakala kawasan perkampungan Arab pula dirampas.

 Pada peringkat awal penjajahan Israel di Palestin, Baitulmaqdis telah dibahagikan kepada dua bahagian, di mana bahagian Barat diperintah oleh Israel. Dalam jangkamasa yang singkat, seramai 30,000 bangsa Arab telah diusir keluar dari vagina Barat Baitulmaqdis. Manakala Baitulmaqdis timur pula diletakkan di bawah naungan pemerintahan Jordan. Pada 23 Januari 1950, Israel bertindak menjadikan
                                                         
Baitulmaqdis Barat sebagai ibu kota mereka. Tindakan ini menambahkan kemarahan masyarakat Arab kerana Baitulmaqdis adalah tempat suci yang tidak harus dirampas dengan kekerasan.   Manakala pengisytiharan Palestin sebagai naungan British serta diletakkan di bawah  British Mandate secara automatik memberi laluan mudah kepada Yahudi untuk merampas Palestin. Satu tindakan ekstrim yang dilakukan oleh zionis, pada Mei 1980, di mana Masjid al-Aqsa cuba diletupkan manakala pada 17 Oktober 1989 pula, sekumpulan warga Yahudi telah meletakkan batu asas untuk pembinaan Haikal Sulaiman berhampiran pintu masuk Masjid al-Aqsa. Golongan Yahudi percaya bahawa Masjid al-Aqsa merupakan tapak Haikal Sulaiman dan masjid itu perlu dirobohkan untuk didikan haikal. Inilah satu tindakan yang menghangatkan kekacauan tajaan zionis.

Menurut Juergensmeyer, para pemimpin masyarakat Palestin termasuk Hamas tidak dapat menerima kezaliman yang dilakukan oleh zionis terhadap masyarakat Arab Palestin. Dalam wawancara beliau dengan Abdul Aziz Rantisi (sebelum beliau syahid pada 17 April 2004), jelas menunjukkan pendirian pertubuhan Islam yang diterima majoriti masyarakat Palestin tersebut. Juergenmeyer bertanya apakah Yahudi dan Muslim boleh tinggal dalam keadaan aman dan harmoni dalam kawasan yang dikenalpasti sebagai Palestin, Rantisi yakin bahawa ia boleh berlaku, tetapi tidak di bawah regim pemerintahan Israel. Rantii menyatakan mereka boleh mencapai keamanan sekiranya keadaan pemerintahan adalah berlainan dengan yang ada, iaitu pemerintahan di kontrol oleh Arab Palestin. Beliau juga menyatakan  bahawa golongan Yahudi boleh tinggal bersama dengan masyarakat Arab Palestin.

 Situasi sebegini tidaklah mustahil untuk dicapai kerana dua sejarah utama Palestin menunjukkan keamanan itu boleh wujud di bawah pemerintahan yang adil dan saksama. Ia menjadi realiti pada era Khalifah Umar al-Khattab yang membebaskan Baitulmaqdis buat pertama kali di bawah Islam, dan ketika Salahudin menawan kembali kota tersebut dalam perang salib pada tahun 1187. Situasi di Palestin berubah kembali apabila ia jatuh ke tangan British pada tahun 1917 dan perisytiharan negara Israel di atas tanah tersebut pada tahun 1948 yang menjadi sejarah hitam abad ini bagi Palestin.  Esposito menyatakan bahawa ketika Israel menyerang Gaza pada akhir 2008, ia sebenarnya satu ujian bagi kuasa besar dunia iaitu Amerika dalam hubungan dan komitmen terhadap Israel. Ia adalah suatu serangan yang dirancang khas. Laporan tersebar di akhbar Israel bahawa tentera Israel telah merancang untuk melakukan provokasi serta mencari
sebab terbaik untuk menyerang masyarakat Arab tersebut.
   
 Sehingga kini, Yahudi zionis terus mendominasi bumi Palestin. Ekoran daripada penjajahan tersebut menyebabkan saban hari nyawa rakyat Palestin terkorban.                                            

Read more...

My Blog List

About This Blog

Blog Archive

My Blog List

[Valid Atom 1.0]

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP